Urus mel pada Apple Watch
Pilih peti mel yang muncul pada Apple Watch
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Mail > Sertakan Mel.
Ketik akaun yang anda mahu lihat pada Apple Watch anda di bawah Akaun. Anda boleh tentukan berbilang akaun—contohnya, iCloud dan akaun yang anda gunakan di pejabat.
Jika anda mahu, ketik akaun, kemudian ketik peti mel tertentu untuk melihat kandungannya pada Apple Watch anda.
Secara lalai, anda melihat mesej daripada semua peti masuk. Anda juga boleh memilih untuk melihat mesej daripada VIP, mesej yang dibendera, mesej yang belum dibaca dan banyak lagi.
Anda juga boleh memilih akaun dan peti mel yang anda lihat pada Apple Watch. Buka app Mail , skrol ke bawah, ketik Edit, kemudian ketik akaun atau peti mel.
Lihat akaun tertentu pada Apple Watch
Buka app Mail
pada Apple Watch anda.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk melihat senarai akaun dan peti mel khas, seperti Dibenderakan dan Belum Dibaca.
Ketik akaun atau peti mel untuk melihat kandungannya.
Untuk melihat e-mel anda daripada semua akaun, ketik Semua Peti Masuk.
Padam, tandakan sebagai belum dibaca atau dibaca, atau benderakan mesej
Buka app Mail pada Apple Watch anda, ketik mesej, kemudian tekan kuat paparan untuk:
Padam mesej: Ketik Sampah.
Jika anda melihat senarai mesej, leret ke kiri pada mesej, kemudian ketik
.
Tandakan mesej sebagai belum dibaca atau dibaca: Ketik Belum Dibaca atau Dibaca.
Jika anda melihat senarai mesej, leret ke kanan pada mesej, kemudian ketik butang Dibaca atau Belum Dibaca.
Benderakan mesej: Ketik Bendera. (Anda juga boleh nyahbendera mesej yang sudah dibenderakan.)
Jika anda melihat senarai mesej, leret ke kiri pada mesej, kemudian ketik
.
Untuk menukar gaya bendera, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Mail > Tersuai >Gaya Bendera.

Jika anda leret pada jalur mesej, tindakan yang anda pilih (Sampah, Bendera, Dibaca, atau Belum Dibaca) digunakan untuk seluruh jalur.
Sesuaikan isyarat
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Mail > Tersuai, ketik akaun, kemudian aktifkan Tunjukkan Isyarat.
Aktifkan atau nyahaktifkan Haptik.
Pendekkan senarai mesej anda.
Untuk menjadikan senarai mel anda lebih padat, kurangkan bilangan baris pratonton teks yang ditunjuk untuk setiap e-mel dalam senarai.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Mail, kemudian ketik Pratonton Mesej.
Pilih untuk menunjukkan hanya 1 baris, atau tiada.
Muatkan imej jauh
Sesetengah e-mel boleh mengandungi pautan yang menunjuk ke imej dalam talian. Jika anda membenarkan imej jauh untuk dimuatkan, imej tersebut muncul dalam e-mel. Untuk membenarkan imej ini, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Mail, ketik Tersuai, kemudian aktifkan Tunjukkan Imej Jauh.
Nota: Memuatkan imej jauh boleh menyebabkan e-mel dimuat turun dengan lebih perlahan pada Apple Watch anda.