Sediakan dan gunakan perkhidmatan selular pada Apple Watch
Dengan Apple Watch dengan selular dan sambungan selular ke pembawa sama yang digunakan oleh iPhone anda, anda boleh membuat panggilan, membalas mesej, menggunakan Walkie-Talkie, menstrim muzik dan podcast, menerima pemberitahuan dan banyak lagi, walaupun jika anda tidak mempunyai iPhone anda atau sambungan Wi-Fi.
Nota: Perkhidmatan selular tidak tersedia di semua kawasan atau dengan semua pembawa.
Tambah Apple Watch ke pelan selular anda
Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan selular pada Apple Watch dengan mengikuti arahan semasa persediaan permulaan. Untuk mengaktifkan perkhidmatan kemudian, ikuti langkah ini:
Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Selular.
Ikuti arahan untuk mengetahui lanjut tentang pelan perkhidmatan pembawa anda dan mengaktifkan selular untuk Apple Watch dengan selular. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan selular pada Apple Watch.
Pindahkan pelan selular sedia ada ke Apple Watch baharu
Anda boleh memindahkan pelan selular sedia ada anda daripada Apple Watch dengan selular anda ke Apple Watch dengan selular lain dengan mengikuti langkah ini:
Semasa memakai Apple Watch, pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Selular, kemudian ketik bersebelahan pelan selular anda.
Ketik Keluarkan Pelan [nama pembawa], kemudian sahkan pilihan anda.
Anda mungkin perlu menghubungi pembawa anda untuk mengeluarkan Apple Watch ini daripada pelan anda.
Keluarkan jam lama anda, pasang Apple Watch lain anda dengan selular, ketik Jam Saya, kemudian ketik Selular.
Ikut arahan untuk mengaktifkan jam anda untuk selular.
Aktifkan atau nyahaktifkan selular
Apple Watch dengan pelan selular yang diaktifkan menggunakan sambungan rangkaian terbaik yang tersedia untuknya—iPhone anda apabila ia berdekatan, rangkaian Wi-Fi yang anda pernah sambungkan pada iPhone anda sebelum ini, atau sambungan selular. Anda boleh menyahaktifkan selular—untuk menjimatkan kuasa bateri, contohnya. Hanya ikuti langkah ini:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik butang Selular untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan selular.
Apabila iPhone anda berdekatan dan disambungkan ke Apple Watch, butang Selular berwarna putih.
Apabila iPhone anda tidak berdekatan, Apple Watch menggunakan sambungan selularnya yang tersedia dan butang Selular berwarna hijau.
Nota: Mengaktifkan selular untuk jangka masa yang lama menggunakan lebih banyak tenaga bateri (lihat tapak web Maklumat Bateri Umum Apple Watch untuk mendapatkan maklumat lanjut). Juga, sesetengah app mungkin tidak dikemas kini tanpa sambungan ke iPhone anda.
Semak kekuatan isyarat selular
Apabila disambungkan ke rangkaian selular, lakukan mana-mana yang berikut:
Buka Pusat Kawalan; bar hijau di bahagian atas menunjukkan status sambungan selular.
Gunakan muka jam Pencari Arah (tersedia pada model Apple Watch Ultra) yang menunjukkan titik hijau untuk menandakan kekuatan isyarat selular.
Semak penggunaan data selular
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Selular, kemudian skrol ke bawah untuk melihat jumlah data yang telah anda gunakan semasa tempoh semasa.