Sediakan komunikasi satelit pada Apple Watch Ultra
Pada model Apple Watch Ultra disokong, anda boleh menyediakan ciri satelit untuk menghantar teks kepada perkhidmatan kecemasan, menghantar mesej kepada rakan dan keluarga, serta berkongsi lokasi anda—semua semasa anda berada di luar grid tanpa liputan selular dan Wi-Fi.
Nota: Ciri satelit tidak tersedia pada model Apple Watch Ultra 2 dan lebih awal, tidak tersedia di semua negara dan rantau, serta tidak ditawarkan pada model yang dijual di negara dan rantau tertentu. Ciri satelit adalah percuma selama 2 tahun selepas pengaktifan Apple Watch Ultra anda. Mesej dan perkongsian lokasi melalui satelit memerlukan pelan pembawa aktif. Untuk mendapatkan butiran ketersediaan, lihat artikel Sokongan Apple Bersambung ke satelit dengan Apple Watch Ultra anda.
Sebelum anda bermula
Untuk menyediakan Apple Watch Ultra anda bagi menggunakan SOS Kecemasan, Mesej dan perkongsian melalui satelit, lakukan yang berikut sebelum anda keluar daripada liputan selular atau Wi‑Fi:
Sediakan dan pasangkan Apple Watch Ultra (jika anda belum melakukannya).
Nota: Ciri satelit mungkin mengambil sedikit masa untuk aktif selepas anda pertama kali menyediakan Apple Watch Ultra.
Tambah pintasan berikut:
Dalam Pusat Kawalan: Tambah kawalan satelit.
Pada muka jam: Tambah komplikasi satelit.
Sediakan SOS Kecemasan melalui satelit dan cuba demo
Nota: Demo SOS Kecemasan tidak memulakan panggilan kepada perkhidmatan kecemasan.
Pastikan anda mempunyai app Mesej
pada Apple Watch Ultra. (Memerlukan maklumat perkongsian dengan kenalan kecemasan.)
Berlatih menggunakan SOS Kecemasan melalui satelit dengan demo sebelum anda keluar dari grid:
Dalam Pusat Kawalan: Ketik ikon satelit, kemudian ketik Cuba Demo.
Pada muka jam: Ketik ikon satelit, kemudian ketik Cuba Demo.
Dalam app Seting: Ketik SOS, skrol ke bawah, kemudian ketik Cuba Demo.
Sediakan Mesej melalui satelit
Pastikan iMessage diaktifkan—pergi ke app Seting pada iPhone anda, ketik App, kemudian ketik Mesej. Lihat Sediakan Mesej dalam Panduan Pengguna iPhone.
Sahkan bahawa SIM pada Apple Watch Ultra anda aktif. Ketersediaan SMS bergantung pada pembawa anda. Bayaran pembawa mungkin dikenakan; semak dengan pembawa anda untuk mendapatkan butiran. Lihat Sediakan dan gunakan perkhidmatan selular pada Apple Watch.
Pastikan anda telah berbalas mesej dalam tempoh 30 hari dengan orang yang anda mahu hubungi melalui satelit. Jika tidak, hantar mesej kepada mereka pada Apple Watch Ultra anda sebelum anda keluar daripada liputan selular dan Wi‑Fi.
Sediakan perkongsian lokasi melalui satelit
Pergi ke app Cari
pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik butang di bahagian kiri atas, skrol ke bawah, kemudian ketik Saya.
Di bawah Lokasi Saya, semak perkara berikut:
Lokasi anda sedang dikongsi daripada iPhone berpasangan dan Apple Watch Ultra anda.
Kongsi Lokasi Saya diaktifkan.
Ketik butang di bahagian kiri atas, ketik Orang, kemudian tambah orang yang anda mahu berkongsi lokasi.