Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Jejak peringkat menopaus dengan Apple Watch
Penjejakan Kitaran dalam app Kesihatan pada iPhone boleh memberikan pemberitahuan apabila corak kitaran dilog anda mencadangkan perimenopaus. Selepas melog perimenopaus atau menopaus dalam app Kesihatan, anda boleh menjejak simptom berkaitan dalam app Penjejakan Kitaran.
Penting: Penjejakan Kitaran dalam app Kesihatan tidak sepatutnya digunakan untuk kawalan kelahiran atau untuk mendiagnosis keadaan kesihatan. Pemberitahuan sisihan kitaran adalah berdasarkan sejarah kitaran dilog pengguna sahaja. Pemberitahuan sisihan kitaran termasuk perimenopaus ialah untuk umur 40 tahun dan ke atas. Pemberitahuan ini bukan bertujuan untuk menggantikan kaedah diagnosis, pemantauan atau rawatan tradisional bagi perimenopaus atau menopaus.
Log peringkat perimenopaus atau menopaus
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Layari, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Peringkat Menopaus.
Ketik
, kemudian ketik Seterusnya.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Log perimenopaus: Ketik “Saya sedang melalui perimenopaus”.
Log menopaus: Ketik “Saya telah mencapai menopaus”.
Untuk mengetahui lebih lanjut, ketik “Ketahui Tentang Perimenopaus dan Menopaus”.
Ikuti arahan atas skrin.
Untuk menjejak menopaus selepas perimenopaus, ketik Peringkat Menopaus, ketik , kemudian ikuti arahan atas skrin. Sejarah perimenopaus anda disimpan dan semua pengesanan sisihan kitaran, ramalan dan anggaran tempoh kesuburan dinyahaktifkan.
Selepas melog perimenopaus atau menopaus, anda boleh melog simptom berkaitan seperti perasaan panas mengejut, peluh malam, perubahan tidur dan banyak lagi.
Log pendarahan selepas menopaus dan simptom lain
Pergi ke app Penjejakan Kitaran
pada Apple Watch anda.
Leret untuk memilih hari, kemudian ketik Log.
Ketik Pendarahan Selepas Menopaus, ketik Mengalami Pendarahan, ketik paras pendarahan, kemudian ketik
Nota: Apabila anda mengelog pendarahan selepas menopaus, anda menerima pemberitahuan yang mengesyorkan anda menghubungi doktor anda.