Maklumat Jalur Ultralebar
Jalur Ultralebar tersedia pada Apple Watch Series 6, Apple Watch Series 7, Apple Watch Series 8, Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10 dan semua Apple Watch Ultra. Ketersediaan Jalur Ultralebar berbeza mengikut negara atau rantau.
Jalur Ultralebar mestilah dinyahaktifkan apabila menaiki kapal terbang, kapal laut dan negara atau rantau yang tidak dibenarkan dengan mengaktifkan Mod Pesawat. Untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan Mod Pesawat, tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat dalam app Seting
pada Apple Watch. Apabila Mod Pesawat aktif,
kelihatan dalam bar status.
Australia: Pemancar Jalur Ultralebar mestilah tidak dikendalikan dalam jarak yang dicadangkan daripada tapak radio-astronomi Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jarak yang dicadangkan, sila rujuk Radiocommunications (Low Interference Potential Devices) Class Licence 2015 yang diterbitkan oleh Australian Communications and Media Authority.