Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Buat panggilan pada Apple Watch
Buat panggilan telefon dan audio FaceTime, mulakan panggilan FaceTime Kumpulan daripada Mesej dan sediakan panggilan Wi-Fi.
Panggil kenalan
Pergi ke app Telefon
pada Apple Watch anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Panggil kegemaran: Putar Digital Crown ke bawah, kemudian ketik kegemaran.
Panggil kenalan: Putar Digital Crown ke atas, ketik Kenalan, kemudian ketik kenalan.
Dail nombor terbaharu: Putar Digital Crown ke atas untuk menskrol melalui kenalan terbaru, kemudian ketik kenalan.
Mulakan panggilan FaceTime Kumpulan daripada Mesej
Anda boleh membawa perbualan Mesej ke panggilan audio FaceTime dan juga menambah lebih ramai orang ke panggilan.
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Dalam perbualan, ketik gambar profil Kenalan di bahagian kanan atas, kemudian ketik audio FaceTime.
Untuk menjemput lebih ramai orang ke panggilan, ketik
, ketik Tambah Orang, kemudian pilih kenalan.
Masukkan nombor telefon
Pergi ke app Telefon
pada Apple Watch anda.
Ketik
di bahagian kanan atas, kemudian masukkan nombor.
Untuk memulakan panggilan, ketik
.
Petua: Untuk memasukkan nombor tambahan semasa panggilan—seperti kod sambungan atau pengesahan—ketik , ketik Pad Kekunci, kemudian ketik digit.
Sediakan panggilan Wi-Fi
Jika pembawa selular anda menawarkan panggilan Wi-Fi, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membuat dan menerima panggilan melalui Wi-Fi dan bukannya rangkaian selular—walaupun iPhone berpasangan anda tiada bersama anda atau dimatikan. Apple Watch hanya perlu berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi yang iPhone anda pernah disambungkan padanya sebelum ini.
Untuk melihat sama ada pembawa anda menawarkan panggilan Wi-Fi, lihat artikel sokongan Apple Buat panggilan dengan panggilan Wi-Fi dan dayakan panggilan Wi-Fi pada iPhone anda.
Pergi ke app Seting pada iPhone anda.
Ketik Selular, kemudian ketik Panggilan Wi-Fi.
Aktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini, kemudian aktifkan Tambah Panggilan Wi-Fi Untuk Peranti Lain.
Nota: Untuk mendapatkan lokasi paling tepat semasa panggilan kecemasan, gunakan selular berbanding Wi-Fi apabila boleh. Anda boleh memutuskan sambungan daripada Wi-Fi buat sementara pada Apple Watch anda untuk mengutamakan sambungan selular.