Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Apple Cash pada Apple Watch
Dengan Apple Cash (tersedia di A.S.), anda boleh menghantar dan meminta bayaran orang ke orang dan membuat pembelian menggunakan Apple Pay. Bertukar Apple Cash dengan seseorang adalah semudah menghantar mesej, menggunakan Siri, atau mendekatkan Apple Watch anda dengan iPhone atau Apple Watch penerima.
Nota: Perkhidmatan Apple Cash disediakan oleh Green Dot Bank, Member FDIC. Apple Payments Services LLC, subsidiari Apple Inc., ialah penyedia perkhidmatan Green Dot Bank untuk akaun Apple Cash. Apple Inc. atau Apple Payments Services LLC bukanlah bank.
Buat pembelian dengan Apple Cash
Pada Apple Watch, anda boleh menggunakan Apple Cash untuk pembelian di tempat Visa dan Apple Pay diterima. Lihat Gunakan Apple Pay untuk bayaran tanpa sentuhan.
Hantar dan minta Apple Cash dalam Mesej
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Mulakan mesej baharu atau pilih perbualan sedia ada, ketik
, kemudian ketik Apple Cash.
Masukkan jumlah dengan memutarkan Digital Crown atau mengetik
dan
.
Untuk menghantar jumlah yang tidak genap—contohnya $10.95—ketik jumlah dolar, ketik selepas titik perpuluhan, kemudian putar Digital Crown untuk memilih nilai.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Hantar bayaran: Ketik Hantar.
Minta bayaran: Leret ke kiri pada butang Hantar, kemudian ketik Minta.
Sahkan bayaran, kemudian dwiklik butang sisi.
Apabila bayaran selesai, mesej pengesahan kelihatan.
Hantar Apple Cash dengan mendekatkan peranti dengan Tap to Cash
Dengan Tap to Cash, anda boleh menghantar Apple Cash kepada seseorang dengan mendekatkan iPhone atau Apple Watch anda ke iPhone atau Apple Watch penerima, tanpa perlu berkongsi nombor telefon atau alamat e-mel anda.
Nota: Tap to Cash disokong pada model iPhone dengan iOS 18 atau lebih baharu dan model Apple Watch dengan watchOS 11 atau lebih baharu.
Pergi ke app Wallet
pada Apple Watch anda.
Ketik kad Apple Cash, kemudian ketik Tap to Cash.
Masukkan jumlah dengan memutarkan Digital Crown atau mengetik
dan
.
Ketik Hantar, sahkan bayaran, kemudian dwiklik butang sisi.
Pegang Apple Watch anda berdekatan dengan iPhone atau Apple Watch penerima.
Teruskan memegang peranti anda berdekatan satu sama lain sehingga maklumat pembayaran kelihatan pada skrin penerima.
Penerima boleh memilih Terima atau Tolak.
Urus Apple Cash anda pada iPhone
Anda boleh menyemak transaksi, menambah wang, menyediakan muat semula auto dan banyak lagi. Lihat Gunakan Apple Cash dalam Wallet pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.