Laraskan seting paparan pada Apple Watch
Laraskan kecerahan, saiz teks, seting bangun dan paparan Sentiasa Aktif.
Laraskan saiz teks dalam Pusat Kawalan
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik
, kemudian ketik huruf atau putarkan Digital Crown.
Laraskan kecerahan dan saiz teks dalam Seting
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan & Kecerahan.
Setkan mana-mana yang berikut:
Kecerahan: Ketik butang kecerahan atau putar Digital Crown.
Saiz Teks: Ketik Saiz Teks, kemudian ketik butang saiz atau putar Digital Crown.
Teks Tebal: Aktifkan Teks Tebal.
Anda juga boleh membuat pelarasan ini pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch , ketik Jam Saya, kemudian ketik Paparan & Kecerahan.
Laraskan seting bangun
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan & Kecerahan, kemudian setkan mana-mana yang berikut:
Bangun bila Tangan Diangkat: Benarkan atau halang Apple Watch daripada bangun apabila anda mengangkat tangan anda.
Petua: Untuk menghentikan Apple Watch anda daripada bangun apabila mengangkat tangan anda buat sementara, aktifkan Mod Pawagam.
Bangun apabila Mahkota Diputar: Benarkan atau halang Apple Watch daripada bangun apabila anda memutarkan Digital Crown.
Tempoh Bangun: Pilih tempoh masa paparan kekal aktif selepas Apple Watch bangun.
Pastikan muka jam anda kelihatan dengan Sentiasa Aktif
Dengan Sentiasa Aktif, muka jam dan masa dipaparkan walaupun semasa pergelangan tangan anda diturunkan. Apabila anda mengangkat tangan anda, Apple Watch berfungsi secara normal.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan & Kecerahan, kemudian ketik Sentiasa Aktif.
Aktifkan Sentiasa Aktif, kemudian setkan mana-mana yang berikut:
Tunjukkan Data Komplikasi: Pilih komplikasi yang menunjukkan data.
Tunjukkan Pemberitahuan: Pilih pemberitahuan yang kelihatan.
Tunjukkan App: Pilih app yang kelihatan.
Nota: Apabila Apple Watch anda dalam Mod Kuasa Rendah, Sentiasa Aktif tidak tersedia; untuk melihat muka jam, ketik paparan.
Kembali ke muka jam apabila tidak aktif
Anda boleh memilih panjang masa sebelum Apple Watch kembali ke muka jam daripada app terbuka.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, ketik Kembali ke Jam, kemudian pilih masa yang anda mahu Apple Watch anda kembali ke muka jam: Sentiasa, Selepas 2 minit, atau Selepas 1 jam.
Anda juga boleh kembali ke muka jam dengan menekan Digital Crown.
Secara lalai, seting yang anda pilih digunakan pada semua app, tetapi anda boleh memilih masa tersuai untuk setiap app. Untuk berbuat demikian, ketik app pada skrin ini, ketik Tersuai, kemudian pilih seting.
Setkan Apple Watch untuk kembali ke app terakhir yang anda gunakan
Untuk sesetengah app, anda boleh setkan Apple Watch untuk kembali ke tempat anda berada sebelum ia tidur. App ini termasuk Buku Audio, Peta, Sedar Minda, Muzik, Kini Dimainkan, Podcast, Jam Randik, Pemasa, Memo Suara dan Latihan.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, ketik Kembali ke Jam, skrol ke bawah dan ketik app, kemudian aktifkan Kembali ke App.
Untuk kembali ke muka jam, hanya hentikan aktiviti anda dalam app—contohnya hentikan podcast, tamatkan laluan dalam Peta, atau batalkan pemasa.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian ketik Kembali ke Jam.