Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Cas bateri pada Apple Watch
Apple Watch mempunyai bateri litium ion dalaman yang boleh dicas semula. Berbanding teknologi bateri tradisional, bateri litium ion lebih ringan, cas dengan lebih cepat, tahan lebih lama dan mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi untuk hayat bateri yang lebih lama.
Untuk memahami cara bateri anda berfungsi supaya anda boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, lihat tapak web Bateri Litium-ion Apple.
Sediakan pengecas
Untuk hasil yang terbaik, cas Apple Watch dengan pengecas magnetik yang disertakan. Anda juga boleh menggunakan Pengecas MagSafe Duo atau pengecas pihak ketiga yang serasi (dijual berasingan).
Di kawasan dengan pengudaraan yang baik, letakkan pengecas anda pada permukaan yang rata.
Pasangkan pengecas ke penyesuai kuasa (dijual berasingan).
Pasangkan penyesuai ke saluran kuasa.
Mula mengecas Apple Watch
Jika Apple Watch perlu dicas, simbol bateri lemah kelihatan pada skrin.
Letakkan belakang Apple Watch anda pada pengecas. Hujung pengecas yang cekung melekat ke belakang Apple Watch anda secara magnetik dan menjajarkannya dengan betul.
Apple Watch akan memainkan bunyi loceng apabila pengecasan bermula (kecuali jika jam anda dalam Mod Senyap) dan simbol pengecasan
kelihatan pada muka jam.
Nota: Jika simbol pengecasan kuning, Apple Watch dalam Mod Kuasa Rendah. Mod Kuasa Rendah dinyahaktifkan apabila bateri dicas sehingga 80%.
Optimumkan pengecasan bateri
Untuk mengurangkan peningkatan usia bateri, Apple Watch menggunakan pembelajaran mesin pada peranti untuk mempelajari rutin pengecasan harian anda supaya ia boleh menunggu untuk selesai mengecas melebihi 80 peratus sehingga anda perlu menggunakannya.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Bateri, kemudian ketik Kesihatan Bateri.
Aktifkan Pengecasan Bateri Optimum atau Had Pengecasan Optimum.
Perihal pengecasan pantas
Pengecasan pantas disokong pada sesetengah model Apple Watch dan memerlukan pengecas yang serasi serta Penyesuai Kuasa USB-C 18 W atau lebih tinggi. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal pengecasan pantas pada Apple Watch.
Nota: Pengecasan pantas tidak tersedia di semua negara atau rantau. Spesifikasi pengecas magnetik yang disertakan mungkin berbeza bergantung pada negara atau rantau anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengecasan pantas di China dan Indonesia, lihat artikel Sokongan Apple Perihal pengecasan Apple Watch mematuhi WPT di China dan Indonesia.
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat keselamatan penting tentang bateri dan mengecas Apple Watch, lihat Maklumat keselamatan penting.