Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Laraskan seting teks dan paparan pada Apple Watch
Anda boleh menukar saiz teks dan seting paparan untuk menyesuaikan penampilan elemen atas skrin.
Laraskan saiz teks dalam Pusat Kawalan
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik
, kemudian putarkan Digital Crown untuk menyelaraskannya.
Pilih cara teks dan item lain kelihatan pada skrin
Anda boleh menjadikan teks tebal, mengaktifkan penapis warna, melaraskan kelutsinaran dan banyak lagi.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Kebolehcapaian, kemudian laraskan mana-mana yang berikut:
Label Aktif/Tidak Aktif: Menambah penunjuk visual pada suis—garis menegak ditunjukkan apabila suis aktif dan bulatan menunjukkan ia tidak aktif.
Kurangkan Kelutsinaran: Mengurangkan kesan kelutsinaran untuk meningkatkan kebolehbacaan teks di atas latar belakang.
Tingkatkan Kontras: Meningkatkan kontras warna antara teks dan latar belakang untuk kebolehlihatan yang lebih baik.
Tunjukkan Jidar: Menunjukkan garis kasar elemen atas skrin.
Penapis Warna: Menggunakan penapis untuk melihat seluruh skrin dalam skala kelabu atau melaraskan warna untuk kekurangan penglihatan warna.
Kecerahan Minimum: Mengesetkan paras kecerahan minimum yang lebih tinggi apabila paparan dilaraskan kepada keadaan pencahayaan secara automatik.
Saiz Teks: Melaraskan saiz teks untuk kebolehbacaan yang lebih baik.
Teks Tebal: Menjadikan teks kelihatan lebih tebal dan lebih menonjol.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Apple Watch, ketik Kebolehcapaian, kemudian tukar pilihan.
Nota: Mulakan semula Apple Watch anda untuk perubahan pada teks tebal dan skala kelabu berkuat kuasa.
Hadkan animasi
Anda boleh mengehadkan pergerakan yang anda lihat pada Skrin Utama dan apabila app dibuka dan ditutup.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > Kurangkan Pergerakan, kemudian aktifkan Kurangkan Pergerakan.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian > Kurangkan Pergerakan, kemudian aktifkan Kurangkan Pergerakan.
Petua: Apabila anda mengaktifkan Kurangkan Pergerakan dan memilih paparan grid untuk Skrin Utama, semua ikon app mempunyai saiz yang sama.