Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Remote Kamera pada Apple Watch
Dengan app Remote Kamera, anda boleh menggunakan Apple Watch anda sebagai pemidang tilik untuk kamera iPhone anda dan mengambil foto serta video dari jauh. Anda juga boleh mengawal denyar, mengesetkan pemasa pengatup dan menyemak tangkapan anda terus pada Apple Watch.
Petua: Untuk hasil terbaik, letakkan iPhone anda pada permukaan yang stabil atau gunakan tripod untuk memastikannya stabil semasa rakaman syot jauh. Apabila anda membuka kamera iPhone anda, pembayang kelihatan di bahagian bawah muka jam Apple Watch anda. Ketik pembayang untuk membuka Tindanan Pintar, kemudian ketik Remote Kamera.
Untuk berfungsi sebagai kawalan jauh kamera, Apple Watch anda perlu berada dalam liputan Bluetooth normal iPhone anda (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).

Ambil foto menggunakan kamera iPhone anda
Pergi ke app Remote Kamera
pada Apple Watch anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Bingkaikan tangkapan: Gunakan Apple Watch anda sebagai pemidang tilik.
Zum: Putar Digital Crown.
Laraskan pendedahan: Ketik kawasan utama tangkapan dalam imej pratonton.
Ambil foto: Ketik butang Pengatup.
Secara lalai, tangkapan diambil dengan pemasa 3 saat. Ketik
untuk menyahaktifkan pemasa atau menukar seting lain.
Anda boleh menyemak foto dalam app Remote Kamera. Foto disimpan dalam app Foto pada iPhone anda.
Rakam video menggunakan kamera iPhone anda
Anda boleh menggunakan app Remote Kamera pada Apple Watch untuk merakam video menggunakan iPhone anda.
Pergi ke app Remote Kamera
pada Apple Watch anda.
Tempatkan iPhone anda untuk meletakkan bingkai menggunakan Apple Watch anda sebagai pemidang tilik.
Untuk zum, putar Digital Crown.
Sentuh dan tahan butang Pengatup sehingga rakaman bermula.
Ketik
untuk menamatkan rakaman.
Anda boleh menyemak video dalam app Remote Kamera. Video disimpan dalam app Foto pada iPhone anda.
Semak tangkapan anda
Pergi ke app Remote Kamera
pada Apple Watch anda.
Ketik imej kecil di bahagian kiri bawah.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat lebih banyak tangkapan: Leret kiri atau kanan.
Zum: Putar Digital Crown.
Sorot: Seret foto dizum.
Penuhkan skrin: Dwiketik foto.
Tunjukkan atau sembunyikan kawalan: Ketik skrin.
Apabila anda selesai, ketik
.
Tukar kamera dan laraskan seting
Pergi ke app Remote Kamera
pada Apple Watch anda.
Ketik
, kemudian setkan mana-mana yang berikut:
Pemasa: Aktifkan atau nyahaktifkan pemasa 3 saat.
Kamera: Pilih Depan atau Belakang.
Denyar: Pilih Auto, Aktif atau Nyahaktif.
Live Photo: Pilih Auto, Aktif atau Nyahaktif.
Untuk melihat model iPhone yang menyokong Live Photo, lihat Ambil Live Photo dengan kamera iPhone anda dalam Panduan Pengguna iPhone.