Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Terima pemberitahuan apnea tidur pada Apple Watch
Anda boleh memakai Apple Watch semasa tidur dan menjejak gangguan pernafasan semasa anda tidur. Ukuran ini boleh digunakan dalam algoritma untuk mengesan tanda apnea tidur sederhana sehingga teruk (tidak tersedia di semua negara atau rantau*).
Setiap hari anda diberikan penilaian ditingkatkan atau tidak ditingkatkan untuk gangguan pernafasan anda bagi malam sebelumnya. Jika selepas tempoh 30 hari, anda menerima peningkatan gangguan pernafasan yang lebih kerap, anda akan menerima pemberitahuan kemungkinan apnea tidur. Isyarat ini memaklumkan anda masa berlakunya potensi apnea tidur dan memberikan anda akses kepada PDF untuk berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.
Penting: Apple Watch anda bukan peranti perubatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan perbincangan dengan doktor anda untuk diagnosis, rawatan atau pemantauan apnea tidur.
Nota: Pemberitahuan apnea tidur bukan bertujuan untuk digunakan jika anda mempunyai apnea tidur yang didiagnosis, atau berumur bawah 18 tahun.
Sediakan pemberitahuan apnea tidur
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik gambar atau parap anda di bahagian kanan atas.
Ketik Senarai Semak Kesihatan, ketik Persediaan di bawah Pemberitahuan Apnea Tidur, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Semak data gangguan pernafasan anda
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik Layari, ketik Respiratori, kemudian ketik Gangguan Pernafasan.
Nyahaktifkan pemberitahuan apnea tidur
Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone anda.
Ketik gambar atau parap anda di bahagian kanan atas.
Ketik Senarai Semak Kesihatan, ketik Pemberitahuan Apnea Tidur, kemudian nyahaktifkan Pemberitahuan Apnea Tidur.