Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Lanjutkan hayat bateri pada Apple Watch
Anda boleh memaksimumkan hayat bateri dengan mengaktifkan Mod Kuasa Rendah atau menghalang app daripada menyegar semula di latar belakang.
Aktifkan Mod Kuasa Rendah
Mod Kuasa Rendah menyahaktifkan ciri tertentu seperti Paparan Sentiasa Aktif, kadar jantung latar belakang dan ukuran oksigen darah serta pemberitahuan kadar jantung. Pemberitahuan lain mungkin ditangguhkan, isyarat kecemasan mungkin tidak sampai dan sesetengah sambungan selular dan Wi-Fi terhad. Selular dinyahaktifkan sehingga anda memerlukannya—apabila anda menstrim muzik atau menghantar mesej, contohnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kesan Mod Kuasa Rendah, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Mod Kuasa Rendah pada Apple Watch anda.
Apabila paras bateri jatuh ke 10 peratus atau lebih rendah, Apple Watch anda bertanya jika anda mahu mengaktifkan Mod Kuasa Rendah. Untuk mengaktifkannya secara manual, lakukan yang berikut:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik peratusan bateri, ketik Mod Kuasa Rendah.
Ketik Aktifkan atau Aktifkan Selama, kemudian pilih tempoh.
Kembali ke mod kuasa biasa
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik peratusan bateri, kemudian nyahaktifkan Mod Kuasa Rendah.
Menghalang app daripada menyegar semula di latar belakang
Apabila anda bertukar ke app baharu, app yang anda gunakan sebelum ini tidak kekal dibuka atau menggunakan sumber sistem, tetapi app mungkin masih “menyegar semula”—menyemak kemas kini dan kandungan baharu—di latar belakang.
Menyegar semula app di latar belakang boleh menggunakan kuasa. Untuk memaksimumkan hayat bateri, anda boleh menyahaktifkan pilihan ini.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Umum, kemudian ketik Segar Semula App Latar.
Nyahaktifkan Segar Semula App Latar untuk menghalang semua app daripada menyegar semula. Atau skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan segar semula untuk app individu.
Nota: App dengan komplikasi pada muka jam semasa akan terus disegar semula, walaupun semasa seting segar semula app latarnya dinyahaktifkan.