Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Kekal sihat dengan Apple Watch
Apple Watch boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.

Tutup setiap gelang
Apple Watch anda menjejak berapa banyak anda bergerak, kekerapan anda berdiri dan masa anda bersenam setiap hari. Setkan matlamat dalam app Aktiviti , kemudian semak kemajuan anda sepanjang hari. Skrol ke bawah untuk butiran lanjut seperti jumlah langkah dan jarak. Apple Watch memberitahu anda apabila anda melengkapkan matlamat.

Mulakan latihan
Buka app Latihan , kemudian putar Digital Crown ke latihan yang anda mahukan—latihan harian seperti berlari atau berenang, atau latihan berbilang sukan apabila anda mencuba triatlon. Sesuaikan paparan latihan anda supaya metrik yang anda mahu hanya sekilas pandang. Untuk sesetengah jenis latihan biasa, jika anda terlupa memulakan latihan anda pada Apple Watch, anda akan menerima peringatan untuk merakamkan latihan dan mendapatkan kredit bagi senaman yang anda telah lakukan.

Lihat metrik semasa latihan
Semasa latihan, Apple Watch memaparkan metrik seperti kalori aktif, kadar jantung dan jarak untuk membantu anda memantau kemajuan anda. Angkat pergelangan tangan anda semasa latihan untuk melihat prestasi anda.

Jeda gelung anda
Jika anda perlu berehat, anda boleh menjeda gelang Aktiviti anda untuk sehari, seminggu, sebulan dan banyak lagi—tanpa menjejaskan ganjaran pencapaian berterusan anda. Anda boleh menjeda gelang anda sehingga 90 hari dan meneruskan pada bila-bila masa. Ketik , putar Digital Crown untuk skrol ke bawah skrin, kemudian ketik Jeda Gelang.