Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Mulakan latihan pada Apple Watch
App Latihan menawarkan pelbagai pilihan kecergasan—daripada latihan memfokuskan kardio seperti Latihan Selang Keamatan Tinggi (HIIT), Larian Luar dan Berbasikal Luar hingga latihan berasaskan kekuatan seperti Latihan Kekuatan Fungsi, Latihan Teras dan Tinju Tendang. Semasa latihan, anda boleh menjeda dan meneruskan pada bila-bila masa. Pada model Apple Watch Ultra, anda boleh menetapkan latihan kegemaran ke butang Tindakan.
Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Mulakan larian luar 30 minit”. Lihat Jejak kesihatan dan kecergasan anda dengan Siri.
Mulakan latihan

Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Untuk melihat semua latihan, skrol ke bawah, kemudian ketik
di bahagian bawah senarai latihan.
Apabila anda bersedia untuk memulakan latihan anda, ketik
.
Semasa anda menggunakan app dan memilih latihan, susunan latihan mencerminkan keutamaan anda.
Petua: Anda boleh menambah widget latihan ke Tindanan Pintar anda yang menunjukkan tiga jenis latihan terkini anda. Lihat Gunakan Tindanan Pintar untuk menunjukkan widget mengikut masa.
Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis latihan yang anda boleh buat dengan Apple Watch, lihat artikel Sokongan Apple Jenis latihan pada Apple Watch.
Mulakan latihan dengan butang Tindakan pada model Apple Watch Ultra
Anda boleh menetapkan latihan kegemaran pada butang Tindakan.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik Butang Tindakan, ketik Tindakan, ketik Latihan, kemudian ketik
untuk kembali ke senarai tindakan.
Ketik Pertama Kali Tekan, kemudian ketik Mulakan Latihan.
Apabila anda bersedia untuk memulakan latihan anda, tekan butang Tindakan.
Tekan butang Tindakan dan Sisi pada masa yang sama untuk menjeda latihan.
Jeda dan teruskan latihan
Untuk menjeda latihan pada bila-bila masa, tekan butang sisi dan Digital Crown pada masa yang sama. Untuk semua latihan kecuali latihan renang, anda juga boleh leret ke kanan pada skrin latihan, kemudian ketik Jeda. Untuk menyambung, ketik Teruskan.