Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Workout Buddy dalam Latihan pada Apple Watch
Dengan Apple Intelligence*, anda boleh menggunakan Workout Buddy untuk mendapatkan galakan semasa latihan anda berdasarkan analisis sejarah kecergasan masa nyata dan data daripada latihan semasa anda. Workout Buddy juga memaklumkan kepada anda apabila anda telah mencapai pencapaian penting baharu—seperti berlari 10K anda yang paling pantas, merentas 500 batu dan banyak lagi.

Anda boleh menggunakan Workout Buddy dengan jenis latihan berikut:
Larian Dalaman dan Luar
Berjalan Dalaman dan Luar
Berbasikal Dalaman dan Luar
Kembara
Elips
Stair Stepper
Latihan Selang Keamatan Tinggi (HIIT)
Latihan Kekuatan Fungsi dan Tradisional
Nota: Workout Buddy tersedia pada Apple Watch Series 6 atau lebih baharu apabila dipasangkan dengan iPhone yang berkeupayaan Apple Intelligence berdekatan dan fon kepala Bluetooth dengan bahasa peranti dan Siri disetkan kepada bahasa Inggeris. Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.**
Sediakan Workout Buddy
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Untuk melihat semua latihan, ketik
di bahagian bawah skrin.
Ketik
, ketik Workout Buddy, kemudian aktifkan Workout Buddy.
Pilih suara, ketik
, kemudian ketik
lagi.
Apabila anda bersedia untuk memulakan latihan anda, ketik
.
Nota: Untuk menyenyapkan Workout Buddy semasa latihan, leret kanan, kemudian ketik Senyap.
Apabila anda mencapai pencapaian penting semasa latihan anda—seperti menutup semua gelang Aktiviti anda atau mencapai 100 batu anda untuk tahun tersebut—anda mungkin menerima motivasi audio daripada Workout Buddy. Selepas anda menamatkan latihan, Workout Buddy memberi anda ringkasan latihan anda—termasuk jumlah masa, kalori dibakar dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Apple Intelligence dan privasi, lihat Apple Intelligence dan privasi pada iPhone.