Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Bermula dengan app Latihan pada Apple Watch
App Latihan pada Apple Watch anda memberikan anda alat untuk menguruskan sesi latihan individu anda. Anda boleh mengeset matlamat khusus, seperti masa, jarak, atau kalori. Apple Watch anda menjejak kemajuan anda, menggerakkan anda sepanjang perjalanan dan meringkaskan hasil anda. Anda gunakan app Kecergasan pada iPhone anda untuk menyemak sejarah latihan lengkap anda.

Pilih latihan
App Latihan menawarkan pelbagai pilihan kecergasan—daripada latihan berfokuskan kardio seperti Latihan Selang Keamatan Tinggi (HIIT), Larian Luar dan Elips hingga latihan berasaskan kekuatan seperti Latihan Kekuatan Fungsi, Latihan Teras dan Tinju Tendang. Anda juga boleh memulakan latihan berkaitan sukan seperti Besbol, Bola Keranjang dan Tenis.
Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda, kemudian leret ke bawah ke latihan yang anda mahu lakukan. Jika anda tidak menemui latihan yang anda cari, ketik .

Lihat metrik semasa latihan
Semasa latihan, Apple Watch memaparkan metrik seperti kalori aktif, kadar jantung dan jarak untuk membantu anda memantau kemajuan anda. Angkat pergelangan tangan anda semasa latihan untuk melihat prestasi anda.

Cipta Latihan Tersuai
Jika anda mahu mencipta Latihan Tersuai, leret ke latihan, ketik , ketik Tersuai, kemudian ketik
.

Berlatih dengan peralatan gim
Apple Watch anda boleh berpasangan dan menyelaraskan data dengan kelengkapan kardio yang serasi seperti treadmill, latihan elips, basikal dalaman dan banyak lagi, memberikan anda maklumat yang lebih tepat tentang latihan anda. Hanya pegang Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada pembaca tanpa sentuhan pada peralatan gim—dengan paparan menghadap pembaca—kemudian ketik Mula pada kelengkapan untuk bermula.
Mahu mengetahui lebih lanjut?