Cari tempat dan teroka dengan Apple Watch
Apple Watch anda mempunyai app Peta untuk meneroka persekitaran anda dan mendapatkan arah.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
"Di manakah saya berada?"
"Cari kedai minum berhampiran saya."
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch.
Cari peta
Buka app Peta pada Apple Watch anda.
Ketik Cari, kemudian ketik untuk merencanakan atau untuk mencoret. Pada Apple Watch Series 7, anda juga boleh menggunakan papan kekunci QWERTY dan QuickPath (Inggeris A.S. dan Cina Ringkas sahaja).
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Cari perkhidmatan berdekatan
Buka app Peta pada Apple Watch anda.
Ketik , kemudian ketik kategori seperti Penghantaran Makanan atau Parkir.
Ketik satu hasil, kemudian putar Digital Crown untuk skrol maklumat.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai hasil.
Nota: Cadangan berdekatan tidak tersedia untuk semua kawasan.
Lihat panduan
Buka app Peta pada iPhone anda, ketik medan carian, leret ke atas, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Ketik kulit yang kelihatan di bawah Panduan yang Kami Gemari.
Ketik Teroka Panduan, layari panduan, kemudian ketik kulit.
Leret ke atas, kemudian ketik bersebelahan nama lokasi—contohnya, nama taman atau restoran.
Pilih panduan yang anda mahu tambahkan lokasi atau ketik Panduan Baharu.
Buka app Peta pada Apple Watch anda, skrol ke atas, kemudian ketik panduan yang anda tambahkan lokasi.
Nota: Panduan tidak tersedia di semua rantau.
Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan dan menyimpan panduan dalam Peta.
Lihat dan cari lokasi dan persekitaran semasa anda
Buka app Peta pada Apple Watch anda.
Ketik Lokasi.
Untuk mencari di sekitar lokasi anda, ketik , kemudian ketik Cari Di Sini.
Ketik Peta Transit untuk melihat pilihan transit berhampiran.
Pada Apple Watch SE dan Apple Watch Series 5 dan lebih baharu, kon biru pada peta menunjukkan arah jam anda menghadap.
Sorot dan zum
Sorot peta: Seret dengan satu jari.
Zum masuk atau keluar peta: Putar Digital Crown.
Anda juga boleh dwiketik peta untuk zum masuk pada kawasan anda ketik.
Kembali ke lokasi semasa anda: Ketik di bahagian kanan bawah.
Dapatkan info tentang tanda tempat atau lokasi ditandakan
Ketik penanda lokasi pada peta.
Putarkan Digital Crown untuk skrol maklumat.
Ketik < di bahagian kiri atas untuk kembali ke peta.
Petua: Untuk memanggil lokasi, ketik nombor telefon dalam info lokasi. Untuk menukar ke iPhone anda, buka Penukar App. (Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada pinggir bawah dan jeda; pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama.) Ketik butang di bahagian bawah skrin untuk membuka Telefon.
Jatuhkan, alihkan dan keluarkan pin peta
Jatuhkan pin: Sentuh dan tahan peta di mana anda mahu pin, tunggu untuk pin dijatuhkan, kemudian lepaskan.
Alihkan pin: Jatuhkan pin baharu di lokasi baharu.
Keluarkan pin: Ketiknya untuk melihat maklumat alamat, putar Digital Crown untuk skrol, kemudian ketik Keluarkan Penanda.
Petua: Untuk mencari alamat anggaran sebarang lokasi pada peta, jatuhkan pin pada lokasi, kemudian ketik pin untuk melihat info alamat.
Muat turun panduan ini: Apple Books