Jejak maklumat kesihatan penting dengan Apple Watch
Apple Watch anda boleh membantu anda mencapai matlamat tidur anda, menjejak maklumat penting berkaitan jantung anda, memeriksa paras oksigen darah anda dan menggalakkan anda mencuci tangan anda.
Utamakan tidur anda
Apple Watch boleh membantu anda mencipta jadual tidur, menjejak tidur anda, mengukur kadar respiratori anda semasa tidur, kemudian melaporkan aliran tidur anda mengikut masa. Untuk bermula, buka app Kesihatan pada iPhone dan cipta jadual tidur. Kemudian pakai jam anda sebelum tidur dan Apple Watch akan mengurus semuanya.
Dapatkan pemberitahuan kesihatan jantung
Anda boleh mendayakan pemberitahuan daripada app Kadar Jantung pada Apple Watch anda untuk memberi isyarat kepada anda tentang kadar jantung tinggi atau rendah. Pemberitahuan kadar jantung tidak tetap pada Apple Watch juga boleh memberi isyarat kepada anda jika ritma tidak tetap yang menandakan pemfibrilan atrium dikenal pasti. Buka app Apple Watch pada iPhone anda, pergi ke Jam Saya, kemudian ketik Jantung. Aktifkan Kadar Jantung Tinggi atau Kadar Jantung Rendah, kemudian setkan ambang kadar jantung, atifkan juga pemberitahuan ritma tidak tetap.
Ambil masa untuk membuat renungan
Jaga kesihatan mental anda. Ciri Renungan baharu dalam app Sedar Minda disertakan gesaan bertulis dan animasi bertenaga dan menenangkan yang membimbing anda untuk menjadi lebih hadir dan sedar.
Cuci tangan anda dengan menyeluruh
Aktifkan Mencuci Tangan dalam app Apple Watch pada iPhone dan Apple Watch anda akan menggalakkan anda untuk meneruskannya selama 20 saat, masa yang disyorkan oleh organisasi kesihatan sedunia. Jam anda juga boleh memberitahu anda jika anda belum mencuci tangan dalam masa beberapa minit selepas pulang ke rumah.
Jejak kitaran haid anda
Gunakan app Penjejakan Kitaran untuk melog maklumat harian tentang kitaran haid anda. App yang menggunakan maklumat tersebut untuk menyediakan ramalan tempoh haid dan kesuburan. App juga boleh menggunakan data kadar jantung daripada Apple Watch untuk meningkatkan ramalan.
Mahu mengetahui lebih lanjut? Mulakan dengan Jejak tidur anda dengan Apple Watch, Periksa kadar jantung anda, Mulakan sesi Renungan atau Bernafas, Sediakan Mencuci Tangan pada Apple Watch dan Gunakan Penjejakan Kitaran pada Apple Watch.
Muat turun panduan ini: Apple Books