Tukar seting pemberitahuan pada Apple Watch
Secara lalai, seting pemberitahuan untuk app pada Apple Watch yang anda sediakan untuk diri anda mencerminkan seting pada iPhone anda. Tetapi anda boleh menyesuaikan cara sesetengah app memaparkan pemberitahuan.
Nota: Seting dicerminkan tidak digunakan pada Apple Watch yang anda urus untuk ahli keluarga.
Pilih cara app menghantar pemberitahuan
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Pemberitahuan.
Ketik app (contohnya, Mesej), ketik Tersuai, kemudian pilih pilihan. Pilihan mungkin mengandungi:
Benarkan Pemberitahuan: App memaparkan pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan.
Hantar ke Pusat Pemberitahuan: Pemberitahuan dihantar secara terus ke Pusat Pemberitahuan tanpa Apple Watch anda mengeluarkan bunyi atau memaparkan pemberitahuan tersebut.
Pemberitahuan Tidak Aktif: App tidak memberikan pemberitahuan.
Pengumpulan pemberitahuan: Pilih cara pemberitahuan untuk app dikumpulkan. Pilihan termasuklah:
Tidak Aktif: Pemberitahuan tidak dikumpulkan.
Secara Automatik: Apple Watch anda menggunakan maklumat daripada app untuk mencipta kumpulan berasingan. Contohnya, pemberitahuan News dikumpulkan mengikut saluran yang anda ikuti—CNN, Washington Post dan People.
Ikut App: Semua pemberitahuan app tersebut dikumpulkan.
Petua: Sesetengah app membolehkan anda memilih jenis pemberitahuan tertentu yang anda terima. Contohnya, untuk Kalendar, anda boleh membenarkan pemberitahuan hanya untuk perkara tertentu, seperti apabila anda mendapat jemputan atau seseorang menukar kalendar dikongsi. Untuk Mail, anda boleh memilih akaun e-mel yang dibenarkan untuk menghantar pemberitahuan.

Tukar seting pemberitahuan secara terus pada Apple Watch
Anda boleh mengurus keutamaan pemberitahuan lain secara terus pada Apple Watch anda dengan meleret ke kiri pada pemberitahuan dan mengetik . Pilihan mungkin mengandungi:
Senyapkan 1 jam atau Senyapkan untuk Hari Ini: Untuk jam seterusnya atau sepanjang hari, pemberitahuan dihantar secara terus ke Pusat Pemberitahuan tanpa Apple Watch anda mengeluarkan bunyi atau memaparkan pemberitahuan tersebut. Untuk melihat dan mendengar isyarat pemberitahuan ini semula, leret ke kiri pada pemberitahuan, ketik
, kemudian ketik Nyahsenyap.
Tambah pada Ringkasan: Pemberitahuan akan datang daripada app kelihatan dalam Ringkasan Pemberitahuan pada iPhone anda.
Untuk membuatkan app memaklumkan anda serta-merta lagi, buka app Seting pada iPhone anda, ketik Pemberitahuan, ketik app, kemudian ketik Penghantaran Serta-merta.
Nyahaktifkan Sensitif Masa: Pemberitahuan sensitif masa sentiasa dihantar serta-merta, walaupun anda menggunakan Fokus yang menangguhkan kebanyakan pemberitahuan. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menghalang app ini daripada menghantar pemberitahuan sensitif masa serta-merta, ketik pilihan ini.
Nyahaktifkan: App tidak memberikan pemberitahuan. Untuk mendayakan semula pemberitahuan daripada app, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Pemberitahuan, ketik app yang anda mahu laraskan, kemudian ketik Benarkan Pemberitahuan.

Tunjukkan pemberitahuan pada skrin kunci
Anda boleh memilih cara pemberitahuan kelihatan pada skrin kunci Apple Watch anda.
Buka app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Pemberitahuan.
Pilih pilihan yang berikut:
Tunjukkan Ringkasan Apabila Dikunci: Dengan pilihan ini diaktifkan, Apple Watch anda menunjukkan ringkasan pemberitahuan—atau ikhtisar—apabila ia dikunci. Ringkasan termasuk nama app yang menghantar pemberitahuan dan ikon bersama tajuk pendek.
Ketik untuk Menunjukkan Pemberitahuan Penuh. Apabila anda angkat pergelangan anda untuk melihat pemberitahuan, anda mendapat ringkasan cepat, kemudian butiran penuh beberapa saat kemudian. Sebagai contoh, apabila mesej tiba, anda melihat daripada siapa dahulu, kemudian mesej akan kelihatan. Aktifkan pilihan ini untuk menghentikan pemberitahuan penuh daripada kelihatan kecuali jika anda mengetiknya.
Tunjukkan Pemberitahuan apabila Tangan Diturunkan: Secara lalai, pemberitahuan tidak kelihatan pada Apple Watch anda apabila pergelangan tangan anda diturunkan. Aktifkan pilihan ini untuk membuatkan pemberitahuan kelihatan walaupun apabila Apple Watch tidak menghadap anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books