Laraskan kelantangan dan haptik pada Apple Watch
Apple Watch mempunyai kawalan kelantangan berasingan untuk bunyi sistem (seperti isyarat, penggera dan pemasa), Siri dan main balik media (seperti muzik dan podcast). Laraskan kelantangan untuk memastikan anda menerima pemberitahuan dan mendengar audio dengan cara yang berfungsi terbaik untuk anda.
Anda juga boleh melaraskan kekuatan maklum balas haptik—ketikan dan getaran yang Apple Watch gunakan untuk pemberitahuan, isyarat dan interaksi.
Laraskan kelantangan untuk bunyi isyarat, penggera, pemasa dan sistem
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.Ketik Bunyi & Haptik.
Setkan mana-mana yang berikut:
Mod Senyap: Senyapkan semua isyarat.
Laraskan kelantangan secara automatik: Apple Watch boleh menukar kelantangan untuk nada dering, pemberitahuan, penggera dan pemasa secara automatik berdasarkan bunyi ambien di sekeliling anda (tersedia pada Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 9, Apple Watch Ultra 2 dan lebih baharu). Aktifkan Laraskan Kelantangan Secara Automatik, ketik Paras, kemudian pilih Lalai, Lebih Kuat atau Lebih Senyap.
Nota: Apabila Laraskan Kelantangan Secara Automatik diaktifkan, kelantangan tidak melebihi paras tertentu.
Laraskan kelantangan secara manual: Nyahaktifkan Laraskan Kelantangan Secara Automatik, kemudian laraskan gelangsar kelantangan (sehingga maksimum 100%).
Keselamatan Fon Kepala: Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian laraskan paras audio maksimum.
Anda juga boleh membuat pelarasan ini pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch
, ketik Jam Saya, kemudian ketik Bunyi & Haptik.
Laraskan kelantangan Siri
Semasa Siri bercakap, anda boleh mengawal kelantangan dengan memutarkan Digital Crown. Anda juga boleh menukar kelantangan dalam Seting .
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.Ketik Siri, kemudian skrol ke bawah dan ketik Respons Siri.
Skrol ke bawah ke Kelantangan Suara, kemudian setkan mana-mana yang berikut:
Laraskan kelantangan secara automatik: Apple Watch boleh menukar kelantangan untuk Siri secara automatik berdasarkan bunyi ambien di sekeliling anda (tersedia pada Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 9, Apple Watch Ultra 2 dan lebih baharu). Aktifkan Laraskan Kelantangan Secara Automatik, kemudian ketik Paras dan pilih Lalai, Lebih Kuat atau Lebih Senyap.
Nota: Apabila Laraskan Kelantangan Secara Automatik diaktifkan, kelantangan tidak melebihi paras tertentu.
Laraskan kelantangan secara manual: Nyahaktifkan Laraskan Kelantangan Secara Automatik, kemudian laraskan gelangsar kelantangan (sehingga maksimum 100%).
Anda juga boleh membuat pelarasan ini pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch
, ketik Jam Saya, ketik Siri, kemudian ketik Respons Siri.
Laraskan kelantangan untuk muzik dan media
Semasa media audio dimainkan, anda boleh mengawal kelantangan dengan memutarkan Digital Crown. Anda juga boleh menukar kelantangan dalam Pusat Kawalan.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik
.Seret gelangsar untuk melaraskan paras kelantangan.
Laraskan keamatan haptik
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.Ketik Bunyi & Haptik.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Haptik: Setkan keamatan ketikan tangan kepada Lalai, Menonjol atau Tidak Aktif.
Haptik Crown: Aktifkan atau nyahaktifkan maklum balas haptik apabila anda memutar Digital Crown untuk menskrol.
Haptik Sistem: Aktifkan atau nyahaktifkan haptik untuk kawalan sistem dan interaksi.
Anda juga boleh membuat pelarasan ini pada iPhone anda—pergi ke app Apple Watch
, ketik Jam Saya, kemudian ketik Bunyi & Haptik.