Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan ketik dua kali untuk melaksanakan tindakan biasa pada Apple Watch
Pada model disokong, anda boleh menggunakan gerak isyarat dwiketik untuk menjawab panggilan, membalas mesej, melihat dan menskrol menerusi Tindanan Pintar anda, menskrol menerusi app disokong dan banyak lagi.
Laksanakan gerak isyarat dwiketik
Ketik jari telunjuk dan ibu jari anda bersama dua kali.
Sesuaikan gerak isyarat dwiketik
Anda boleh memilih perkara yang dilakukan oleh ketik dua kali semasa memainkan media atau menavigasi Tindanan Pintar anda.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Gerak Isyarat, ketik Ketik Dua Kali, kemudian pilih daripada pilihan ini:
Main Balik: Pilih Main/Jeda atau Langkau.
Tindanan Pintar: Pilih Maju atau Pilih.
Tidak aktif: Nyahaktifkan Ketik Dua Kali jika anda tidak mahu menggunakan gerak isyarat pada Apple Watch anda.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Seting, ketik Gerak Isyarat, kemudian ketik Ketik Dua Kali.
Apabila dwiketik tidak tersedia
Jika ikon dwiketik bergoncang dari sisi ke sisi, dwiketik tidak tersedia untuk skrin tersebut atau app pihak ketiga.
Nota: Gerak isyarat dwiketik tidak disokong dalam situasi berikut:
Mod Kuasa Rendah diaktifkan.
Fokus Tidur aktif.
Paparan tidak aktif kerana tangan anda diturunkan.
Apple Watch dikunci.
Ciri kebolehcapaian yang menggunakan gerak isyarat tangan diaktifkan.
Apple Watch disediakan untuk ahli keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika dwiketik tidak berfungsi pada Apple Watch anda.