Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan pada Apple Watch
Apabila anda tidak mahu menerima isyarat dan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan, anda boleh mengaktifkan Mod Senyap, Mod Pawagam atau Jangan Ganggu. Anda juga boleh menggunakan Fokus yang anda boleh sesuaikan dengan jadual, pemberitahuan yang dibenarkan dan banyak lagi.
Untuk menyenyapkan sesuatu serta-merta seperti panggilan telefon atau penggera, lihat Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat pada Apple Watch.
Pilih mod untuk penyenyapan berlanjutan
| Mod Senyap | Mod Pawagam | Jangan Ganggu | Fokus |
Bunyi | Tidak Aktif | Tidak Aktif | Tidak Aktif | Tak Aktif (dengan pengecualian yang anda setkan) |
Haptik | Aktif (jika anda benarkan) | Aktif (jika anda benarkan) | Tidak Aktif | Tak Aktif (dengan pengecualian yang anda setkan) |
Pemberitahuan visual | Aktif | Tidak Aktif | Tidak Aktif | Tak Aktif (dengan pengecualian yang anda setkan) |
Paparan | Aktif | Tidak Aktif | Aktif | Aktif (kecuali mod boleh disesuaikan seperti Tidur) |
Pilihan | — | — | Boleh diaktifkan selama 1 jam, sehingga anda meninggalkan lokasi, sehingga peristiwa tamat atau selama-lamanya | Boleh mengesetkan jadual dan menyesuaikan pemberitahuan yang dibenarkan |
Bagus untuk | Persekitaran sunyi yang anda mahu melihat dan merasa pemberitahuan | Tempat gelap seperti pawagam dan filem | Mesyuarat, janji temu dan kejadian apabila anda mahu mengelakkan semua pemberitahuan | Tidur, kerja dan aktiviti lain dengan keperluan pemberitahuan khusus |
Ketahui Lebih Lanjut |
Aktifkan Mod Senyap
Gunakan Mod Senyap untuk menyenyapkan semua isyarat, pemberitahuan dan kesan bunyi. Anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Nota: Semasa Apple Watch sedang mengecas, penggera dan pemasa masih berbunyi walaupun dalam Mod Senyap.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik
.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan Mod Senyap.
Aktifkan Mod Pawagam
Mod Pawagam menghalang paparan Apple Watch aktif apabila anda mengangkat tangan anda, supaya ia kekal gelap. Mod Pawagam juga mengaktifkan Mod Senyap dan menjadikan status Walkie-Talkie anda tidak tersedia, tetapi anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik
.
Apabila Mod Pawagam aktif, kelihatan di bahagian atas skrin.
Untuk membangunkan Apple Watch apabila Mod Pawagam aktif, ketik paparan, tekan butang sisi, atau putar atau tekan Digital Crown.
Aktifkan Jangan Ganggu atau Fokus
Untuk mengelakkan pemberitahuan bunyi dan haptik, lakukan yang berikut:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik
, kemudian pilih Jangan Ganggu atau Fokus.
Ketik Aktif atau pilih titik tamat—seperti Aktif untuk 1 jam atau Aktif sehingga saya bertolak.
Lihat Cipta Fokus tersuai.