Log aktiviti bawah air anda dengan app Kedalaman pada Apple Watch
Pada sesetengah model Apple Watch, anda boleh melihat ringkasan aktiviti bawah air anda dalam app Kedalaman. Anda juga boleh menyemak ringkasan dalam app Kecergasan pada iPhone anda. (Disokong pada Apple Watch Series 10 dan lebih baharu dan semua model Apple Watch Ultra.)
AMARAN: App Kedalaman bukanlah komputer selam dan tidak membekalkan maklumat hentian dekompresi, analisis gas, atau fungsi selaman skuba rekreasi lain.
App Kedalaman pada Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Series 11
App Kedalaman disokong pada Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Series 11 hingga kedalaman maksimum 6 meter (20 kaki).

App Kedalaman pada model Apple Watch Ultra
App Kedalaman disokong oleh model Apple Watch Ultra sehingga kedalaman maksimum 40 meter (130 kaki).

Apakah yang dianggap sebagai selaman?
Anda boleh mengelog hampir sebarang aktiviti bawah air—berenang di bawah permukaan kolam renang setempat, menyelam dengan dalam untuk menerokai terumbu semasa bersnorkel, atau menyertai pengembaraan skuba.
Selaman anda dijejak dengan syarat berikut:
Anda menggunakan app Kedalaman atau app pihak ketiga yang menyokong penjejakan aktiviti bawah air.
Kedalaman anda melebih 1 meter dan anda tenggelam untuk lebih dari 5 saat.
Selaman yang dilogkan boleh menjadi selaman tunggal, seperti selaman skuba, atau siri selaman yang diagregatkan bersama—contohnya, apabila anda tenggelam berbilang kali untuk berlatih kawalan pernafasan anda di kolam renang.
Mulakan selaman anda
Gunakan satu daripada kaedah berikut:
Secara Manual: Sebelum anda memasuki air, buka app Kedalaman
.
Butang Tindakan: (disokong pada model Apple Watch Ultra) Jika anda telah mengesetkan butang Tindakan kepada Selaman, tekan butang Tindakan.
Secara Automatik: Jika anda mengaktifkan Lancar Auto, app Kedalaman mula menjejak selaman apabila kedalaman anda melebihi 1 meter dan anda tenggelam untuk lebih dari 5 saat.
Apabila ditenggelamkan, kunci skrin dan Kunci Air diaktifkan. Dalam app Kedalaman, ketikan skrin dan putaran Digital Crown tidak dikira. App selaman pihak ketiga mungkin membenarkan anda berinteraksi dengan Apple Watch Ultra semasa di bawah air dengan memutarkan Digital Crown atau menekan butang Tindakan.
Tamatkan selaman
Selepas anda timbul, tamatkan sesi selaman dan nyahaktifkan Kunci Air (yang mengeluarkan air daripada speaker) dengan satu daripada kaedah berikut:
Secara Manual: Tekan dan tahan Digital Crown.
Butang Tindakan: (tersedia pada model Apple Watch Ultra untuk selaman lebih lama daripada 3 minit) Jika anda telah mengesetkan butang Tindakan kepada Selaman, tekan butang Tindakan untuk menamatkan selaman.
Secara Automatik: Selaman tamat apabila Apple Watch telah keluar daripada air selama 10 minit.
Nota: Jika anda turun ke bawah permukaan lagi dalam masa 10 minit, masa anda di bawah air ditambah ke masa anda tenggelam sebelumnya dan dilogkan sebagai selaman tunggal.
Lihat selaman terbaharu anda pada Apple Watch anda
Ringkasan selaman disimpan pada Apple Watch selama tujuh hari sebelum dipadamkan secara automatik.
Pergi ke app Kedalaman
pada Apple Watch anda.
Ketik Lihat Selaman Terbaharu.
Untuk melihat lebih banyak butiran, ketik selaman.
Anda boleh melihat tarikh dan masa selaman bermula, kedalaman maksimum dan jumlah masa di bawah air.
Lihat sejarah selaman anda dalam app Kecergasan pada iPhone
Anda boleh melihat semua ringkasan selaman anda yang dicipta oleh app Kedalaman serta yang dicipta oleh app selaman pihak ketiga.
Pergi ke app Kecergasan pada iPhone anda.
Dalam tab Ringkasan, ketik Sesi, kemudian ketik Selaman.
Ketik selaman untuk melihat butiran seperti kedalaman maksimum, masa di bawah air, suhu air dan banyak lagi.
Untuk memadam selaman, leret ke kiri pada selaman, kemudian ketik Padam.