Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Kawal Dengar Langsung pada iPhone dengan Apple Watch
Dengan Dengar Langsung, anda boleh menstrim bunyi daripada mikrofon pada iPhone ke peranti pendengaran MFi atau AirPods anda. Ini boleh membantu anda mendengar dengan lebih baik dalam sesetengah situasi—sebagai contoh, apabila sedang berbual dalam persekitaran yang bising.
Apabila anda menggunakan Dengar Langsung pada iPhone, anda boleh memulakan, menghentikan atau memutar balik sesi dari jauh daripada Apple Watch anda. Dengan Kapsyen Langsung, anda juga boleh melihat transkripsi perbualan terus daripada pergelangan tangan anda. Semasa iPhone anda merakam audio, teks kelihatan pada skrin Apple Watch anda dalam masa nyata, jadi anda boleh mengikuti tanpa melihat telefon anda.
Ciri ini berguna terutamanya dalam situasi anda mahu membaca perbualan secara tersembunyi, memerlukan bantuan visual bagi kandungan audio atau apabila faktor persekitaran menjadi sukar untuk mendengar dengan jelas. Sama ada anda berada di restoran yang bising, menghadiri kuliah atau lebih gemar membaca kandungan yang dituturkan, transkripsi Dengar Langsung membawakan perbualan terus ke tangan anda.
Sediakan Apple Watch sebagai kawalan jauh untuk Dengar Langsung
Sebelum anda memulakan Dengar Langsung, anda perlu mengaktifkan Kawalan Jauh dan menambah Kawalan Pendengaran pada Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Nota: iPhone dan Apple Watch anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Pergi ke app Seting pada iPhone anda.
Ketik Kebolehcapaian, ketik Audio & Visual, ketik Dengar Langsung, kemudian aktifkan Kawalan Jauh.
Pada Apple Watch anda, tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Skrol ke bawah, ketik Edit, kemudian ketik
.
Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik
untuk menambah Kawalan Pendengaran ke Pusat Kawalan.
Gunakan Apple Watch sebagai kawalan jauh untuk Dengar Langsung
Anda boleh mengawal sesi yang telah berlangsung atau memulakan sesi baharu daripada Apple Watch.
Tempatkan iPhone anda berdekatan sumber bunyi.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik
.
Dalam tetingkap Peranti Pendengaran, skrol ke bawah ke Dengar Langsung.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mulakan sesi: Aktifkan Dengar Langsung.
Putar balik: Ketik Undur 10 saat.
Kembali ke strim audio langsung: Ketik Langkau kembali ke langsung.
Lihat transkripsi langsung: Ketik Kapsyen Dengar Langsung.
Hentikan sesi: Nyahaktifkan Dengar Langsung.