Sediakan dan gunakan perkhidmatan selular pada Apple Watch
Pada Apple Watch dengan selular, anda boleh menyediakan perkhidmatan selular dengan pembawa sama yang digunakan oleh iPhone anda. Sambungan selular membenarkan anda membuat panggilan, membalas mesej, menstrim muzik dan podcast, menerima pemberitahuan dan banyak lagi—walaupun jika Apple Watch tidak bersambung ke iPhone anda atau Wi‑Fi.
Nota: Perkhidmatan selular untuk Apple Watch tidak tersedia di semua kawasan atau dengan semua pembawa.
Jika Apple Watch anda mempunyai pelan selular yang aktif, ia menggunakan sambungan rangkaian terbaik yang tersedia secara automatik: iPhone anda apabila ia berdekatan, rangkaian Wi‑Fi yang anda bersambung sebelum ini pada iPhone anda, atau rangkaian selular.
Tambah Apple Watch ke pelan selular anda
Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan selular semasa persediaan awal Apple Watch anda. Untuk mengaktifkan perkhidmatan kemudian, lakukan yang berikut:
Pergi ke app Apple Watch
pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Selular.
Ikuti arahan atas skrin untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan perkhidmatan pembawa anda dan mengaktifkan perkhidmatan selular.
Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan selular pada Apple Watch.
Pindahkan pelan selular sedia ada ke Apple Watch baharu
Alihkan perkhidmatan sedia ada anda daripada satu Apple Watch dengan selular ke yang lain.
Semasa memakai Apple Watch lama anda, pergi ke app Apple Watch
pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Selular, kemudian ketik
bersebelahan pelan selular anda.
Ketik Keluarkan Pelan [nama pembawa], kemudian sahkan pilihan anda.
Anda mungkin perlu menghubungi pembawa anda untuk mengeluarkan Apple Watch ini daripada pelan anda.
Keluarkan jam lama kemudian pakai Apple Watch baharu dengan selular anda.
Dalam app Apple Watch
, pilih jam baharu anda, kemudian ketik Selular.
Ikuti arahan atas skrin.
Aktifkan atau nyahaktifkan selular
Anda boleh menyahaktifkan selular—untuk menjimatkan kuasa bateri, contohnya.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik butang Selular untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan selular.
Apabila iPhone anda berdekatan dan disambungkan ke Apple Watch, butang Selular berwarna putih.
Apabila iPhone anda tidak berdekatan, Apple Watch menggunakan sambungan selularnya yang tersedia. Butang Selular berwarna hijau dan menunjukkan rangkaian pembawa seperti LTE atau 5G (bergantung pada pembawa dan model Apple Watch anda).
Nota: Mengaktifkan selular untuk tempoh masa yang lama menggunakan lebih banyak kuasa bateri (Lihat Tapak web Maklumat Bateri Umum Apple Watch). Juga, sesetengah app mungkin tidak dikemas kini tanpa sambungan ke iPhone anda.
Semak kekuatan isyarat selular
Apabila disambungkan ke rangkaian selular, lakukan mana-mana yang berikut:
Buka Pusat Kawalan; bar hijau di bahagian atas menunjukkan status sambungan selular.
Gunakan muka jam Pencari Arah (tersedia pada model Apple Watch Ultra) yang menunjukkan titik hijau untuk menandakan kekuatan isyarat selular.
Semak penggunaan data selular
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Ketik Selular, kemudian skrol ke bawah untuk melihat jumlah data yang telah anda gunakan semasa tempoh semasa.