Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Senyapkan pemberitahuan dengan gerak isyarat dengan cepat
- Senyapkan pemberitahuan untuk tempoh yang berlanjutan
- Lihat widget dalam Tindanan Pintar
- Gunakan ketik dua kali untuk tindakan biasa
- Gunakan butang Tindakan
- Masukkan teks
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Periksa pada Apple Watch untuk memaklumkan rakan yang anda telah tiba
Gunakan Periksa untuk memaklumkan kepada rakan secara automatik apabila Apple Watch anda telah tiba di destinasi, apabila sesi latihan selesai atau selepas tempoh tertentu telah berlalu. Anda boleh memilih butiran yang mereka boleh lihat jika anda tidak menyelesaikan Periksa anda seperti yang dijangka.
Nota: Periksa memerlukan yang berikut:
Apple Watch mesti berada berdekatan iPhone yang dipasangkan atau disambungkan ke internet menggunakan Wi-Fi atau selular.
Penghantar dan penerima mesti mempunyai Apple Watch dengan watchOS 11 atau lebih baharu atau iPhone dengan iOS 17 atau lebih baharu.
Perkongsian lokasi tidak disokong di Korea Selatan dan mungkin tidak tersedia di rantau lain disebabkan undang-undang tempatan.
Mulakan Periksa daripada Mesej
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Mulakan mesej baharu atau pilih perbualan sedia ada, ketik
, kemudian ketik Periksa.
Ketik Edit, ketik Periksa, kemudian pilih satu daripada yang berikut:
Apabila saya tiba: Tentukan destinasi anda, cara anda melakukan perjalanan (memandu, transit atau berjalan) dan tambahkan masa jika perlu.
Periksa memantau perjalanan anda dan memaklumkan rakan anda jika Apple Watch anda tidak membuat kemajuan untuk tempoh masa yang berlanjutan atau tidak sampai ke destinasi anda seperti yang dijangka. Apabila Apple Watch anda tiba di destinasi dengan berjaya, Periksa melengkapkan dan memaklumkan rakan anda secara automatik.
Selepas pemasa: Tentukan tempoh masa—contohnya, jika anda bertemu seseorang yang baharu.
Jika anda tidak menamatkan Periksa sebelum masa yang anda setkan, Periksa memaklumkan kepada rakan anda.
Ketik Hantar.
Mulakan Periksa daripada Latihan
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik Tambah Latihan di bahagian bawah skrin untuk sesi seperti tinju tendang atau meluncur.
Ketik latihan untuk bermula.
Leret ke kanan, kemudian ketik Periksa.
Periksa memaklumkan rakan anda jika latihan selesai.
Tambah masa untuk Periksa
Buka Tindanan Pintar. (Dari muka jam, leret ke atas dari bahagian bawah skrin atau putar Digital Crown.)
Ketik widget Periksa.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Tambah Masa.
Batalkan Periksa
Jika anda menyelesaikan perjalanan anda, atau anda mahu menamatkan sesi anda untuk sebarang sebab, anda boleh membatalkan sesi Periksa anda untuk memberitahu rakan anda.
Daripada muka jam, putar Digital Crown untuk membuka Tindanan Pintar.
Ketik widget Periksa.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Batal Periksa.
Pilih butiran yang anda kongsi
Pada iPhone, anda boleh menukar butiran yang anda mahu kongsikan dengan rakan anda semasa sesi Periksa. Lihat Gunakan Periksa pada iPhone untuk memaklumkan rakan yang anda telah tiba dalam Panduan Pengguna iPhone.