Lihat widget yang tepat pada masanya dalam Tindanan Pintar pada Apple Watch
Tindanan Pintar mencadangkan maklumat atau tindakan berguna yang anda boleh lakukan bergantung pada konteks anda—seperti masa dalam hari, lokasi anda atau aktiviti terbaharu. Tindanan Pintar juga menunjukkan Aktiviti Langsung untuk kemas kini masa nyata pada latihan, pemasa dan banyak lagi. Apabila Tindanan Pintar mempunyai cadangan yang berguna serta-merta, Apple Watch mengetik pergelangan tangan anda secara lembut dengan pembayang.
Gunakan gerak isyarat untuk mengakses widget dalam Tindanan Pintar
Daripada muka jam, buka Tindanan Pintar dengan gerak isyarat dwiketik.
Skrol menerusi widget dengan gerak isyarat ketik dua kali.
Buka widget dengan gerak isyarat ketikan tunggal.
Pilih butang dalam widget—seperti mainkan atau jeda muzik—dengan gerak isyarat ketikan tunggal.
Untuk menutup Tindanan Pintar dan kembali ke muka jam, lakukan pusing tangan.
Buka Tindanan Pintar
Daripada muka jam, putar Digital Crown ke atas atau leret ke atas daripada bahagian bawah skrin.
Skrol ke widget yang anda mahu gunakan, kemudian ketiknya untuk membuka app yang berkaitan.
Petua: Untuk mengakses Muzik, Latihan atau Mesej, skrol ke bahagian bawah Tindanan Pintar.
Gunakan pembayang Tindanan Pintar
Menggunakan data dan aliran pada peranti daripada rutin harian anda, Apple Watch mengetik pergelangan tangan anda secara lembut dengan pembayang apabila Tindanan Pintar mempunyai cadangan yang berguna untuk anda. Ikon kecil kelihatan di bahagian bawah muka jam.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Buka pembayang: Ketik pembayang Tindanan Pintar di bahagian bawah muka jam untuk membuka Tindanan Pintar.
Senyapkan pembayang selama 24 jam: Leret ke bawah pada pembayang Tindanan Pintar.
Nota: Untuk cadangan seperti latihan, Apple Watch mengambil masa untuk mempelajari rutin anda.
Sesuaikan Tindanan Pintar
Anda boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula widget dalam Tindanan Pintar. Sesetengah app menawarkan lebih daripada satu widget dan sesetengah widget boleh disesuaikan supaya anda boleh melihat perkara yang paling pentang untuk anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih aksesori rumah yang kerap digunakan dalam widget Rumah.
Skrol ke bahagian bawah, ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah widget: Ketik
, kemudian pilih widget. Dengan widget tertentu, anda boleh mengetik
untuk pilihan penyesuaian.
Keluarkan widget: Ketik
.
Pin widget: Ketik
di sebelah kanan setiap widget yang anda mahu kekalkan dalam kedudukan tetap.
Susun semula widget dipinkan: Sentuh dan tahan widget yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.
Apabila anda selesai, ketik
.