iPhone dan Apple Watch Ultra menunjukkan skrin penyelarasannya.

Langkah pertama

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Apple Watch Ultra anda dalam beberapa minit.

Bermula dengan Apple Watch Ultra

Latihan berbasikal sedang dijalankan menunjukkan masa berlalu latihan, zon yang anda sedang berada, masa dalam zon dan kadens.

Teroka had

Apple Watch Ultra, Apple Watch paling tahan lasak dan berkemampuan ialah alat serba boleh yang direka bentuk untuk membantu anda berlari dalam perlumbaan terpanjang anda, meneroka daerah terpencil dan menyelam di laut dunia.

Apple Watch Ultra, dibina untuk kegiatan luar

App Aktiviti, menunjukkan gelang Pergerakan, Senaman dan Berdiri.

Gerakkan badan anda

Apple Watch Ultra boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.

Kekal cergas

Skrin Kadar Jantung Tinggi menunjukkan pemberitahuan yang kadar jantung anda meningkat melebihi 120 BPM selama 10 minit apabila anda kelihatan tidak aktif.

Jejak kesihatan anda

Apple Watch Ultra boleh membantu anda menjejak maklumat kesihatan yang penting, termasuk kitaran haid anda, kadar jantung tinggi dan rendah serta ritma jantung yang tidak tetap. Anda juga boleh mengambil rakaman ECG untuk menyemak ritma jantung anda menggunakan app ECG pada Apple Watch Ultra.

Jejak maklumat kesihatan penting

Perbualan mesej. Butang App dan medan mesej berada di bahagian bawah.

Berhubung

Dengan app Mesej, Mail, Telefon dan Walkie-Talkie, mudah sahaja untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja.

Kekal berhubung

Untuk melayari Panduan Pengguna Apple Watch Ultra, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.