Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Sandarkan iPhone atau iPad anda ke iCloud
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyandarkan iPhone atau iPad anda. Anda boleh menyesuaikan app dan data yang disandarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang termasuk dalam sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud? Untuk mengetahui tentang mengurus sandaran anda, lihat Lihat dan urus sandaran peranti iCloud.
Aktifkan sandaran automatik
Apabila anda mengaktifkan Sandaran iCloud, iCloud menyandarkan maklumat peranti anda secara automatik melalui Wi‑Fi apabila peranti anda diaktifkan, dikunci dan disambungkan ke sumber kuasa.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Sandaran iCloud, kemudian aktifkan Sandarkan [peranti] Ini.
Jika peranti dan pembekal khidmat anda menyokongnya, anda juga boleh mengaktifkan Sandaran Melalui Selular untuk menggunakan data selular dengan Sandaran iCloud dan bukannya Wi‑Fi apabila Wi‑Fi tidak tersedia.
Sesuaikan app dan data yang disandarkan untuk peranti
Anda boleh menyesuaikan app dan data yang termasuk dalam sandaran iCloud anda.
Beberapa app Apple menyandarkan data ke iCloud tetapi tidak termasuk dalam senarai app. Anda hanya boleh menyahaktifkan sandaran untuk app yang disenaraikan.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Sandaran iCloud.
Ketik nama peranti anda.
Nota: Walaupun anda boleh melihat semua peranti yang telah mengaktifkan Sandaran iCloud, anda hanya boleh menukar app yang termasuk dalam sandaran untuk peranti yang anda gunakan pada masa ini.
Aktifkan atau nyahaktifkan sandaran untuk setiap app.
Senarai app mungkin disingkatkan. Ketik Tunjukkan Semua App untuk melihat senarai lengkap.
Sandarkan secara manual
Setelah anda mengaktifkan sandaran automatik, anda boleh menyandarkan peranti anda secara manual pada bila‑bila masa.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Ketik Sandarkan Sekarang.
Nyahaktifkan sandaran automatik
Jika anda menyahaktifkan Sandaran iCloud untuk peranti, apa-apa sandaran yang disimpan dalam iCloud akan disimpan selama 180 hari sebelum dipadamkan.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Nyahaktifkan ciri Sandarkan [peranti] Ini.
Jika anda memerlukan bantuan dengan Sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh membuat sandaran ke iCloud dan Jika pulihkan daripada sandaran iCloud gagal.
Anda juga boleh menggunakan komputer anda untuk menyandarkan peranti anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyandarkan iPhone, iPad dan iPod touch anda.