Sediakan iCloud untuk Peringatan pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Peringatan pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda dan di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan senarai peringatan anda terkini dan kongsikan fail tersebut dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Peringatan, anda tidak akan dapat mengakses peringatan iCloud anda pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Peringatan pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Peringatan.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Hidupkan Peringatan.
Untuk melihat peringatan yang disimpan dalam iCloud, buka app Peringatan, kemudian pilih senarai dalam bahagian iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara bekerjasama pada senarai peringatan pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi senarai dan berkolaborasi dalam Peringatan pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi senarai dan berkolaborasi dalam Peringatan pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Kongsi dan tugaskan peringatan pada iPod touch
Sediakan iCloud untuk Peringatan pada Mac anda
Pad Mac, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud. Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Tunjukkan Semua atau Tunjukkan Lagi App, kemudian hidupkan Peringatan.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, kemudian hidupkan Peringatan.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, kemudian pilih Peringatan.
Untuk melihat peringatan yang disimpan dalam iCloud, buka app Peringatan, kemudian pilih senarai dalam bahagian iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara bekerjasama pada senarai peringatan pada Mac anda, lihat Kongsi senarai peringatan pada Mac dalam Panduan Pengguna Peringatan untuk Mac.
Gunakan Peringatan di iCloud.com
Anda boleh mengakses peringatan iCloud anda dalam pelayar web pada telefon, tablet atau komputer.
Pergi ke icloud.com/reminders dan daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Peringatan di iCloud.com, lihat daripada yang berikut:
Pada telefon:Gunakan Peringatan di iCloud.com
Pada tablet: Gunakan Peringatan di iCloud.com
Pada komputer: Guna Peringatan di iCloud.com