Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Apakah Sandaran iCloud?
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyandarkan iPhone atau iPad anda secara automatik dengan Sandaran iCloud. Peranti anda disandarkan melalui Wi‑Fi apabila ia diaktifkan, dikunci dan disambungkan ke sumber kuasa.
Sandaran iCloud termasuk maklumat dan seting pada peranti anda yang tidak disimpan dalam iCloud. Jika anda mengaktifkan ciri iCloud, maklumat tersebut tidak disertakan dalam sandaran iCloud anda. Lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud?
Jika anda menyahaktifkan Sandaran iCloud untuk peranti, apa-apa sandaran yang disimpan dalam iCloud akan disimpan selama 180 hari sebelum dipadamkan.
Sediakan Sandaran iCloud
Aktifkan Sandaran iCloud dalam seting iCloud pada setiap iPhone atau iPad yang anda mahu sandarkan ke iCloud. Anda boleh memilih app dan data untuk disandar dan anda juga boleh menyandarkan peranti anda secara manual pada bila‑bila masa.
Urus sandaran iCloud anda
Anda boleh melihat peranti yang mengaktifkan Sandaran iCloud. Anda juga boleh memadamkan sandaran iCloud yang anda tidak lagi perlukan—sebagai contoh, sandaran peranti yang anda tidak lagi miliki.
Anda juga boleh menggunakan komputer anda untuk menyandarkan peranti anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyandarkan iPhone, iPad dan iPod touch anda.