Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Kongsi fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh berkongsi fail dan folder dalam iCloud Drive supaya orang lain boleh melihat dan mengedit fail dan folder tersebut.
Nota: Anda perlu menggunakan tablet atau komputer untuk berkongsi fail dan folder.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih fail atau folder yang ingin anda kongsikan, kemudian pilih
.
Pilih Pilihan Perkongsian, kemudian pilih orang yang boleh mengakses fail atau folder, orang yang boleh membuat perubahan dan sama ada peserta boleh menambahkan orang kepada fail atau folder atau tidak.
Pilih cara anda mahu berkongsi pautan:
E‑mel: Pilih Kongsi. Dalam tetingkap e-mel yang muncul, tambahkan alamat e-mel orang yang ingin anda kongsikan fail atau folder, buat apa-apa pengeditan tambahan, kemudian pilih Hantar. Pilihan e‑mel hanya tersedia apabila anda menghidupkan iCloud Mail.
Salin Pautan: Setelah anda memilih Salin Pautan, kotak teks akan muncul. Tambahkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang ingin anda kongsikan fail atau folder, kemudian pilih Kongsi. Tetingkap baharu akan muncul dengan pautan untuk fail anda. Salin pautan dan hantarkannya.
Penting: Pautan tidak dihantar secara automatik. Anda perlu menghantar pautan kepada orang yang ingin anda kongsikan fail atau folder.
Apabila anda berkongsi folder, hanya peserta boleh melihat fail dalam folder yang dikongsi. Untuk menjemput lebih ramai orang mengakses fail, anda mesti mengubah seting folder yang dikongsi. Anda tidak boleh memilih fail atau folder berasingan dalam folder yang dikongsi dan menambahkan peserta kepada fail dan folder tersebut.
Untuk menambah atau mengeluarkan peserta, atau berhenti berkongsi fail, lihat Urus perkongsian untuk fail dan folder.
Jika anda telah berkongsi fail Pages, Numbers atau Keynote dalam iCloud Drive, anda boleh melihat dan mengeditnya menggunakan Pages, Numbers atau Keynote di iCloud.com.