Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Pastikan kenalan anda dikemas kini dengan iCloud
Dengan iCloud, kenalan anda dikemas kini pada semua peranti anda. Anda juga boleh menggunakan kenalan yang disimpan dalam iCloud untuk menguruskan orang yang anak anda hubungi pada peranti Apple mereka.
Akses kenalan yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Kenalan, kenalan anda disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihat kenalan tersebut pada mana-mana peranti yang disediakan untuk iCloud dan Kenalan, termasuk iPhone, iPad, Mac dan peranti Windows anda. Anda juga boleh mengakses kenalan iCloud anda dalam pelayar web di iCloud.com.
Oleh sebab kenalan anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti menambah kenalan, mengemas kini nombor telefon atau memadamkan alamat e‑mel—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi kenalan anda yang paling terkini, tidak kira dimana anda mengaksesnya.
Pulihkan kenalan pada semua peranti anda
Kenalan yang disimpan dalam iCloud diarkibkan secara automatik. Anda boleh menggunakan iCloud.com untuk memulihkan versi kenalan anda yang diarkib pada semua peranti anda jika perlu.
Gunakan kenalan iCloud untuk menetapkan Had Komunikasi
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menetapkan Had Komunikasi untuk kanak-kanak menggunakan Masa Skrin. Anda boleh menguruskan kenalan yang disimpan dalam iCloud untuk anak anda dan menggunakan kenalan tersebut untuk memilih orang yang anak anda boleh hubungi menggunakan Telefon, FaceTime atau Mesej semasa masa skrin dan masa henti.
Mulakan
Lihat Sediakan iCloud untuk Kenalan pada semua peranti anda.