Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Cipta dan padamkan alamat e‑mel untuk domain tersuai di iCloud.com
Selepas anda menyediakan domain e‑mel tersuai untuk iCloud Mail (atau seseorang berkongsi domain dengan anda), anda boleh menggunakan iCloud.com untuk mencipta alamat e‑mel baharu dan memadamkan alamat e‑mel yang telah anda cipta.
Anda hanya boleh mencipta dan memadamkan alamat e‑mel anda sendiri. Anda tidak boleh mencipta atau memadamkan alamat e‑mel untuk orang lain yang menggunakan domain itu.
Nota: Untuk mencipta alamat di domain e‑mel tersuai, anda perlu menghidupkan pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple anda dan menyediakan alamat iCloud Mail utama.
Cipta alamat e‑mel
Anda boleh memiliki sejumlah tiga alamat e‑mel aktif bagi setiap domain.
Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh mengklik
dalam bar alat, kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Pilih domain yang ingin anda ciptakan alamat, kemudian klik
di sebelah nama anda.
Masukkan alamat baharu dalam medan teks, kemudian klik “Tambah alamat e‑mel”.
Anda tidak boleh menambah alamat e‑mel jika anda atau orang lain menggunakan alamat tersebut dengan Akaun Apple yang lain. Jika anda ingin menambah alamat itu, Akaun Apple yang lain perlu berhenti menggunakan alamat tersebut. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar alamat e-mel utama Akaun Apple anda.
Padamkan alamat e‑mel
Jika anda memadamkan alamat e‑mel, e‑mel yang dihantar ke alamat itu akan dikembalikan kepada pengirimnya.
Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian klik Domain E-mel Tersuai.
Pilih domain yang ingin anda padamkan alamat.
Klik
di sebelah alamat yang ingin anda padamkan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Nota: Jika seseorang meninggalkan domain, semua alamat e-mel mereka akan dipadamkan.
Anda boleh menukar nama yang dikaitkan dengan alamat e‑mel anda dalam seting Mail. Lihat Tukar nama penuh atau label.