Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Simpan dan cari alamat e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Anda boleh menyimpan alamat e‑mel dalam kenalan iCloud anda. Anda juga boleh memasukkan alamat e‑mel yang terdapat dalam kenalan iCloud anda dengan hanya menaip beberapa aksara pertama dalam medan Kepada e‑mel; iCloud akan melengkapkan alamat e‑mel untuk anda secara automatik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenalan iCloud, lihat Pastikan kenalan anda dikemas kini dengan iCloud.
Simpan alamat e‑mel dalam kenalan iCloud anda
Dalam Mail di iCloud.com, lakukan salah satu yang berikut:
Tambah kenalan dari e‑mel yang anda terima: Lihat e‑mel. Di bahagian atas e-mel, klik nama atau alamat e-mel pengirim. Dalam tetingkap yang muncul, edit butiran kenalan jika perlu, kemudian klik Tambah Kenalan.
Tambah kenalan sambil mengarang atau membalas e‑mel: Pilih alamat dalam medan Kepada, Sk atau Skt. Klik di sebelah alamat, tambah atau kemas kini butiran kenalan, kemudian klik Tambah Kenalan.
Jika akaun anda mempunyai had komunikasi Masa Skrin dihidupkan, anda mungkin tidak dapat menambah atau mengedit kenalan. Lihat Jika anda tidak dapat mencipta, mengimport, mengedit atau memadamkan kenalan di iCloud.com.
Gunakan alamat daripada kenalan anda yang tersimpan di iCloud
Dalam Mail di iCloud.com, buka e-mel baharu.
Dalam medan Kepada, mula taipkan nama atau alamat e‑mel kenalan. Apabila alamat e-mel yang anda mahukan muncul, pilih alamat tersebut.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.