Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Keynote
- Numbers
- Pages
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud

Cipta dan urus kumpulan kenalan di iCloud.com
Apabila anda mencipta kenalan, kenalan itu diletakkan dalam kumpulan Semua Kenalan. Anda boleh mencipta kumpulan tambahan untuk membantu mengatur kenalan anda dan memudahkan ia untuk dicari.
Cipta kumpulan
Kumpulan disenaraikan mengikut turutan abjad, dengan Semua Kenalan di bahagian teratas senarai.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik
dalam bar sisi, kemudian pilih Kumpulan Baharu.
Kumpulan baharu ditambah, dengan nama ruang letak.
Taipkan nama untuk kumpulan tersebut, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Dwiklik pada nama kumpulan dan taipkan nama baharu dalam medan teks untuk menukar nama kumpulan tersebut.
Tambah kenalan pada kumpulan
Apabila anda menambah kenalan ke kumpulan lain, kenalan itu juga kekal dalam kumpulan Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik Semua Kenalan.
Seret satu atau lebih kenalan ke kumpulan yang lain di sebelah kiri.
Anda boleh menambahkan kenalan ke lebih daripada satu kumpulan. Seret kenalan ke setiap kumpulan yang ingin anda tambahkan kenalan tersebut.
Keluarkan kenalan daripada kumpulan
Apabila anda mengeluarkan kenalan daripada kumpulan, ia hanya dikeluarkan daripada kumpulan itu sahaja. Ia masih kekal dalam kumpulan Semua Kenalan.
Jika anda memadamkan kenalan daripada kumpulan Semua Kenalan, kenalan tersebut dipadamkan daripada semua peranti anda yang menghidupkan Kenalan dalam seting iCloud.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik kumpulan yang mengandungi kenalan yang ingin anda keluarkan.
Klik pada kenalan, kemudian tekan kekunci Delete.
Padam kumpulan
Apabila anda memadamkan kumpulan, kenalan di dalam kumpulan itu kekal dalam kumpulan Semua Kenalan.
Dalam Kenalan di iCloud.com, klik kumpulan yang ingin anda padamkan, kemudian tekan kekunci Delete.
Jika anda memadamkan kumpulan atau kenalan secara tidak sengaja, anda boleh memulihkan versi kenalan anda yang diarkibkan. Lihat Pulihkan kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com.
Ketahui cara untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com pada tablet.