
Apakah itu iCloud+?
iCloud+ merupakan langganan premium yang meluaskan perkhidmatan iCloud anda dengan ciri seperti Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan E‑mel Saya, sokongan Video Selamat HomeKit dan semua storan yang anda perlukan untuk data anda.
Untuk mengetahui cara mendapatkan iCloud+, lihat Beli lebih banyak storan iCloud dengan iCloud+. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelan dan harga, lihat artikel Sokongan Apple Pelan dan harga iCloud+.
Ciri premium iCloud+
Apabila anda menaik taraf ke iCloud+, anda mendapat akses ke ciri berikut:
Geganti Peribadi iCloud: Sembunyikan alamat IP dan aktiviti pelayaran anda dalam Safari dan lindungi trafik Internet anda yang tidak disulitkan—tanpa menjejaskan prestasi pelayaran.
Sembunyikan E‑mel Saya: Cipta alamat e‑mel unik dan rawak yang memajukan mel ke peti masuk peribadi supaya anda boleh menerima e‑mel tanpa perlu berkongsi alamat e‑mel peribadi anda.
Video Selamat HomeKit: Sambungkan kamera keselamatan rumah anda dalam app Rumah untuk merakam rakaman anda dan melihat rakaman tersebut dari mana‑mana sahaja sambil memastikan ia sulit dan selamat.
Domain E‑mel Tersuai: Peribadikan alamat e‑mel iCloud Mail anda dengan nama domain tersuai. Anda boleh menjemput rakan dan ahli keluarga untuk menggunakan domain yang sama dengan akaun iCloud Mail mereka.
Nota: Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau. Geganti Peribadi iCloud dan Sembunyikan E‑mel Saya memerlukan peranti dengan iOS 15, iPadOS 15, macOS 12 atau terkini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
Lebih banyak storan untuk data anda
iCloud+ menyertakan storan iCloud tambahan. Anda boleh memilih pelan iCloud+ dengan 50 GB, 200 GB, 2 TB, 6 TB atau 12 TB storan.
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyimpan foto, fail anda dan banyak lagi dalam awan secara selamat, serta mengakses fail tersebut pada semua peranti anda. Anda juga boleh menyandarkan iPhone atau iPad anda ke iCloud, supaya sandaran anda sentiasa tersedia jika anda perlu memulihkan peranti sedia ada atau menyediakan peranti baharu. Lihat Perkara yang boleh anda lakukan dengan storan iCloud.
iCloud+ dan keluarga anda
Apabila anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi langganan iCloud+ anda dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Apabila diterima oleh ahli keluarga, mereka mendapat akses segera ke ciri iCloud+ dan storan tambahan. Lihat Gunakan iCloud+ dengan keluarga anda.