
Sediakan Rantai Kunci iCloud dan Kata Laluan iCloud pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone, iPad dan Mac anda. Anda boleh menggunakan Kata Laluan iCloud pada peranti Windows anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan Rantai Kunci iCloud dan Kata Laluan iCloud, lihat Gunakan Rantai Kunci iCloud untuk memastikan kata laluan, akaun dan banyak lagi dikemas kini dengan iCloud.
Anda perlu menyediakan pengesahan dua faktor sebelum anda boleh mengaktifkan Rantai Kunci iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti menyahaktifkan ciri Rantai Kunci iCloud atau Kata Laluan iCloud, anda tidak akan dapat mengakses maklumat anda pada peranti.
Sediakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Kata Laluan (atau Kata Laluan dan Rantai Kunci), kemudian aktifkan Selaraskan [peranti] ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengakses dan menggunakan maklumat yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Isikan kata laluan yang kukuh secara automatik pada iPhone, Gunakan kunci laluan untuk daftar masuk ke laman web dan app pada iPhone dan Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Isikan kata laluan yang kukuh secara automatik pada iPad, Gunakan kunci laluan untuk daftar masuk ke laman web dan app pada iPad dan Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPad
Sediakan Rantai Kunci iCloud pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
macOS 15 atau lebih baharu: Di bawah Disimpan ke iCloud, klik Kata Laluan, kemudian aktifkan Selaraskan Mac ini.
macOS 13.3 hingga 14: Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Kata Laluan & Rantai Kunci, kemudian aktifkan Selaraskan Mac ini.
macOS 13 hingga 13.2: Aktifkan Kata Laluan & Rantai Kunci.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengakses dan menggunakan maklumat yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud pada Mac anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna Mac: Sediakan Rantai Kunci iCloud untuk mengisi auto maklumat pada Mac
Panduan Pengguna Kata Laluan untuk Mac: Urus kata laluan menggunakan Rantai Kunci iCloud pada Mac
Panduan Pengguna Safari untuk Mac: Isi nama pengguna dan kata laluan anda secara automatik dalam Safari pada Mac
Sediakan Kata Laluan iCloud pada peranti Windows anda
Untuk menggunakan Kata Laluan iCloud pada peranti Windows anda, anda perlu mendaftar masuk ke iCloud untuk Windows menggunakan akaun yang mengaktifkan pengesahan dua faktor, dan memasang iOS 14, iPadOS 14, macOS 11 atau lebih baharu pada peranti yang menerima kod keselamatan.
Jika anda belum memilikinya, dapatkan iCloud untuk Windows. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Pada peranti Windows, buka iCloud untuk Windows.
Di sebelah kanan Kata Laluan dan Rantai Kunci, klik
, kemudian aktifkan Kata Laluan dan Rantai Kunci.Sekiranya anda mahu menggunakan sambungan Kata Laluan iCloud dalam pelayar web, klik Pasang Sambungan di sebelah nama pelayar, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Klik Selesai.
Untuk menggunakan kata laluan, pergi ke laman web dalam pelayar yang disokong. Anda juga boleh membuka app Kata Laluan iCloud untuk menguruskannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Kata Laluan iCloud, lihat Isi nama pengguna dan kata laluan anda secara automatik dalam pelayar web pada komputer Windows anda dan Urus kata laluan iCloud pada komputer Windows anda dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.