Isi kata laluan kukuh secara automatik pada iPhone
Apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan pada tapak web dan dalam app, anda boleh membiarkan iPhone mencipta kata laluan kukuh untuk kebanyakan akaun anda.
iPhone menyimpan kata laluan dalam app Kata Laluan dan mengisinya untuk anda secara automatik, supaya anda tidak perlu mengingatinya.
Nota: Berbanding memerlukan anda untuk mendaftar masuk dengan kata laluan, tapak web dan app yang mengambil bahagian menyokong alternatif ini:
Daftar masuk dengan Apple: Membenarkan anda menggunakan Akaun Apple anda untuk mendaftar masuk dan mengehadkan maklumat yang dikongsi tentang anda. Lihat Daftar masuk dengan Apple.
Kunci laluan: Membenarkan anda menggunakan Face ID atau Touch ID untuk mendaftar masuk dengan selamat tanpa menggunakan kata laluan. Lihat Gunakan kunci laluan untuk mendaftar masuk ke tapak web dan app.
Cipta kata laluan kukuh untuk akaun baharu
Bergantung pada tapak web atau app, mencipta kata laluan yang kukuh dan menyimpannya ke app Kata Laluan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.
Pada skrin akaun baharu untuk tapak web atau app, masukkan nama akaun baharu.
Untuk tapak web dan app disokong, iPhone mencadangkan kata laluan yang unik dan rumit.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih kata laluan yang dicadangkan: Ketik Gunakan Kata Laluan Kukuh.
Edit kata laluan yang dicadangkan: Ketik Pilihan Lain, ketik Edit Kata Laluan Kukuh, ketik medan teks kata laluan, kemudian buat perubahan anda.
Dapatkan kata laluan kukuh berbeza: Ketik Pilihan Lain, ketik Edit Kata Laluan Kukuh, kemudian ketik kata laluan yang dicadangkan.
Dapatkan kata laluan kukuh yang hanya mengandungi nombor dan huruf: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Tiada Aksara Istimewa.
Dapatkan kata laluan kukuh yang mudah ditaip: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Mudah Ditaip.
Buat kata laluan anda sendiri: Ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Pilih Kata Laluan Saya Sendiri
Untuk menyalin kata laluan supaya anda boleh menampalnya ke dalam medan Sahkan Kata Laluan jika diminta, ketik Pilihan Lain, kemudian ketik Salin Kata Laluan Kukuh.
Untuk menambah dan menyimpan nota dengan selamat tentang maklumat kunci pemulihan, soalan keselamatan, nombor PIN dan butiran serupa, masukkannya dalam medan Nota.
Untuk melihat nota kemudian, pergi ke app Kata Laluan
pada iPhone anda, ketik Semua, kemudian ketik akaun.
Untuk kemudiannya membenarkan iPhone mengisi kata laluan bagi anda secara automatik, ketik Ya apabila anda ditanya kalau anda mahu menyimpan kata laluan.
Isi kata laluan yang disimpan secara automatik
Bergantung pada tapak web atau app, mendaftar masuk dengan kata laluan anda yang disimpan biasanya merangkumi langkah yang serupa dengan ini.
Pada skrin daftar masuk untuk tapak web atau app, ketik medan nama akaun.
Lakukan satu daripada berikut:
Ketik akaun yang dicadangkan di bahagian bawah skrin atau berdekatan bahagian atas papan kekunci.
Ketik
, ketik Kata Laluan Lain, kemudian ketik akaun.
Kata laluan diisi. Untuk melihat kata laluan, ketik
.
Untuk memasukkan akaun atau kata laluan yang tidak disimpan, ketik pada skrin daftar masuk.
Aktifkan atau nyahaktifkan Isi Auto Kata Laluan
Pergi ke Seting > Umum > Isi Auto & Kata Laluan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Isi Auto Kata Laluan dan Kunci Laluan.
Anda boleh mengisi kata laluan daripada sehingga tiga app kata laluan secara automatik.