Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat kalendar anda dengan CarPlay
Gunakan Siri atau buka Kalendar dalam CarPlay untuk melihat peristiwa, janji temu dan mesyuarat.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Adakah saya mempunyai mesyuarat pada pukul 10?” atau “Di manakah mesyuarat 3:30 saya?” Ketahui cara menggunakan Siri.
Peristiwa akan datang kelihatan dalam Papan Pemuka CarPlay. Anda juga boleh menggunakan kawalan terbina dalam kenderaan anda untuk membuka Kalendar dalam CarPlay untuk melihat peristiwa akan datang.
![CarPlay menunjukkan Peta, Muzik dan Kalendar dalam Bar Sisi. Di sebelah kanan ialah peristiwa untuk hari Isnin, 5 Jun untuk sesi kerja portfolio, bengkel kemahiran kepimpinan, persediaan pembentangan dan latihan koir.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/f31bc189b21ab535bbec2bc7cbd4fabb.png)
Nota: Jika anda melihat Papan Pemuka CarPlay, ketik untuk melihat halaman semua app CarPlay anda, termasuk Kalendar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peristiwa, pilihnya. Pilihan mungkin membolehkan anda mendapatkan arah ke peristiwa atau menelefonnya.