Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Setkan peringatan pada iPhone
Dalam app Peringatan, anda boleh mengesetkan peringatan dengan mudah. Hanya taip atau rencanakan dalam senarai, minta Siri, atau tambah peringatan daripada app Kalendar.
![Tugas baharu ditambah dalam senarai Peringatan.](https://help.apple.com/assets/67104C956810595555038D9A/67104C9D2EEB5C79B1030278/ms_MY/16b2d60485aace8ce25a665760f21d35.png)
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.
Setkan peringatan
Pergi ke app Peringatan
pada iPhone anda.
Ketik Peringatan Baharu, kemudian masukkan perihalan.
Minta Siri untuk mengesetkan peringatan
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Tambahkan kentang pada senarai runcit saya.” Ketahui cara menggunakan Siri.