Hentikan atau kurangkan pergerakan atas skrin pada iPhone
Jika anda tidak mahu pergerakan visual pada skrin iPhone, anda boleh menghentikan atau mengurangkan pergerakan sesetengah elemen skrin, seperti:
Kesan paralaks kertas dinding, app dan isyarat
Transisi skrin
Animasi Siri
Pelengkapan auto menaip
Skrin penuh beranimasi dan kesan gelembung dalam app Mesej
Imej beranimasi pada web dan dalam app
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Pergerakan.
Seting ini menghentikan atau mengurangkan pergerakan:
Kurangkan Pergerakan: Aktifkan. (Apabila tidak aktif, lebih banyak item dalam antara muka pengguna dianimasikan, seperti kesan paralaks ikon.)
Main Auto Kesan Mesej: Matikan. (Apabila aktif, app Mesej memainkan kesan skrin penuh secara automatik. Jika anda menyahaktifkan seting ini, anda masih boleh memainkan kesan secara manual dengan mengetik Main Semula di bawah gelembung mesej.)
Main Auto Pratonton Video: Matikan. (Apabila aktif, ia membenarkan app seperti App Store memainkan pratonton video secara automatik.)
Main Auto Imej Beranimasi: Matikan. (Apabila aktif, imej beranimasi dan elemen bergerak pantas seperti GIF dalam Mesej dan Safari dimainkan secara automatik.)
Malapkan Cahaya Berdenyar: Aktifkan. (Paparan media dimalapkan secara automatik apabila kesan denyar atau strob dikesan.)
Utamakan Kursor Tidak Berkelip: Aktifkan. (Berhentikan kelipan bar menegak yang kelihatan di titik pemasukan di tempat anda menaip. Jika anda menggunakan paparan braille dengan iPhone, penanda kursor pada paparan juga berhenti berkelip.)
Hadkan Kadar Bingkai: Aktifkan. (Pada model dengan teknologi paparan ProMotion, ini mengehadkan kadar bingkai maksimum paparan kepada 60 bingkai per saat.
Untuk menggunakan kesan ini ke atas app tertentu, lihat Sesuaikan kebolehcapaian visual untuk app tertentu.
Penting: iPhone anda menggunakan algoritma pada peranti untuk mengesan cahaya berdenyar atau berkelip yang termasuk dalam kandungan video disokong dan memalapkannya secara automatik pada iPhone anda pada masa nyata. Seting pergerakan tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, atau untuk rawatan sebarang keadaan perubatan.