Bermula dengan Apple Intelligence pada iPhone

Apple Intelligence ialah sistem kecerdasan peribadi yang terbina dalam iOS 18. Ia menggabungkan kuasa model generatif dengan kefahaman konteks peribadi anda untuk menyampaikan kecerdasan yang berguna dan berkaitan. Apple Intelligence direka bentuk untuk memahami dan mencipta bahasa dan imej; mengutamakan dan meringkaskan pemberitahuan, mel dan mesej; serta mencerap daripada maklumat peribadi pada peranti anda untuk meringkaskan dan mempercepatkan tugasan harian. Serta ia melakukan semua ini sambil melindungi privasi anda.
Peranti disokong: Apple Intelligence tersedia dalam iOS 18.1 atau lebih baharu pada semua model iPhone 16, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Ketersediaan: Apple Intelligence tersedia dengan Siri dan bahasa peranti disetkan kepada Inggeris dalam kebanyakan rantau di seluruh dunia. Apple Intelligence tidak tersedia pada iPhone dan iPad jika anda berada di EU dan jika negara atau rantau Akaun Apple anda juga di EU. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple keperluan Apple Intelligence.
Aktifkan Apple Intelligence: Dengan iOS 18.3 dan lebih baharu, Apple Intelligence diaktifkan secara lalai dan disepadukan merentas ciri dalam app anda. Jika anda mempunyai versi lebih awal iOS 18 (atau anda menyahaktifkan Apple Intelligence sebelum ini), pergi ke Seting
> Apple Intelligence & Siri, kemudian ketik Dapatkan Apple Intelligence.
Nyahaktifkan Apple Intelligence: Pergi ke Seting
> Apple Intelligence & Siri, kemudian ketik butang di sebelah Apple Intelligence.
Nota: Apple Intelligence kini dalam beta. Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin tidak tepat, tidak dijangka atau menyinggung perasaan. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
Gunakan ciri Apple Intelligence baharu
Dan banyak lagi…
Lebih banyak ciri Apple Intelligence akan tersedia pada bulan akan datang. Lihat Tapak web Apple Intelligence untuk mendapatkan butiran.