Dapatkan sambungan untuk menyesuaikan Safari pada iPhone
Anda boleh memasang sambungan untuk menyesuaikan cara pelayar anda berfungsi. Sebagai contoh, sambungan boleh membantu anda mencari kupon semasa membeli belah, sekat kandungan pada tapak web, memberikan akses kepada ciri daripada app lain dan banyak lagi.
Tambah sambungan Safari
Pergi ke app Safari
pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian ketik Urus Sambungan.
Ketik Lebih Sambungan untuk melayari menerusi sambungan dalam App Store.
Apabila anda menemui app yang anda mahu, ketik harga, atau jika app percuma, ketik Dapatkan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Sambungan yang anda pasang untuk Safari pada iPhone yang juga tersedia pada platform lain akan kelihatan dalam seting Safari pada sebarang iPhone, iPad, atau Mac yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama, untuk menjadikannya mudah dicari dan dimuat turun.
Tukar seting sambungan Safari
Anda boleh menggunakan sambungan untuk menyesuaikan cara pelayar anda berfungsi. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan Safari pada bila-bila masa.
Pergi ke Seting
> App > Safari.
Ketik Sambungan, kemudian ketik sambungan.
Aktifkan Benarkan Sambungan.
Jika anda menyediakan profil Safari, aktifkan sambungan untuk setiap profil yang anda mahu gunakan bersama sambungan.
Penting: Semak sambungan yang anda telah pasang dan pastikan anda tahu fungsinya.
Tukar seting sambungan Safari untuk tapak web individu
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan untuk tapak web individu tanpa menukar seting Safari keseluruhan anda.
Pergi ke app Safari
pada iPhone anda.
Ketik
di sebelah kiri medan carian, kemudian ketik Urus Sambungan.
Aktifkan atau nyahaktifkan setiap sambungan.
Keluarkan sambungan Safari
Leret ke bawah pada Skrin Utama, kemudian cari sambungan yang anda mahu keluarkan.
Sentuh dan tahan ikon sambungan, ketik “Padam app”, kemudian ikuti arahan atas skrin.