Tukar seting Mail anda pada iPhone
Anda boleh menyesuaikan keutamaan anda untuk app Mail dalam Seting. Sesuaikan tandatangan e-mel anda, tandakan alamat di luar domain tertentu dan banyak lagi.
Sesuaikan seting Mail anda
Pergi ke Seting > App > Mail.
Laraskan mana-mana seting berikut:
Siri: Benarkan Siri membuat cadangan merentas app berdasarkan cara anda menggunakan Mail.
Cari: Benarkan cadangan dan kandungan daripada Mail untuk kelihatan dalam Carian dan widget.
Pemberitahuan: Benarkan pemberitahuan, pilih gaya isyarat dan rupa Skrin kunci serta sesuaikan pemberitahuan mengikut akaun.
App Mail Lalai: Pilih app e-mel untuk e-mel baharu yang anda cipta di luar app tertentu, seperti e-mel yang anda cipta menggunakan Siri.
Senarai Mesej: Tukar seting untuk senarai mesej seperti menunjukkan label Kepada/Sk, memilih panjang pratonton e-mel dan menyesuaikan pilihan leret.
Mesej: Aktifkan Perlindungan Privasi, Tanya Sebelum Padam dan Cadangan Susulan.
Jaluran: Aktifkan Susun ikut Jaluran untuk menghimpunkan e-mel dalam perbualan bersama-sama dalam senarai mesej anda. Laraskan seting lain untuk cara jaluran kelihatan dan menyenyapkan jaluran.
Mengarang: Sesuaikan seting untuk menulis e-mel seperti menyertakan lampiran dengan balasan, menunjukkan pratonton pautan dan banyak lagi.
Tundaan Buat Asal Hantar: Setkan tempoh sehingga 30 saat untuk membenarkan anda nyahhantar mesej.
Sesuaikan tandatangan e-mel anda
Anda boleh menyesuaikan tandatangan e-mel yang kelihatan secara automatik di bahagian bawah setiap mesej yang anda hantar.
Pergi ke Seting > App > Mail.
Ketik Tandatangan (di bawah Mengarang).
Ketik medan teks, kemudian edit tandatangan anda.
Anda hanya boleh menggunakan teks dalam tandatangan Mail anda.
Petua: Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun e-mel, ketik Per Akaun untuk mengesetkan tandatangan berlainan untuk setiap akaun.
Tandakan alamat di luar domain tertentu
Apabila anda menghantar mesej e-mel kepada penerima yang bukan dalam domain organisasi, anda boleh menjadikan nama penerima kelihatan berwarna merah untuk mengisyaratkan anda.
Pergi ke Seting > App > Mail.
Ketik Tandakan Alamat (di bawah Mengarang).
Masukkan domain dalam organisasi anda—domain yang anda tidak mahu ditandakan merah.
Anda boleh memasukkan berbilang domain dipisahkan oleh koma (sebagai contoh, “apple.com, example.org”).
Nama penerima dalam domain di luar organisasi anda kelihatan berwarna merah, sama ada anda menghantar e-mel kepada mereka atau menerima e-mel daripada mereka.