Tukar seting e-mel dalam Mail pada iPhone
Dalam app Mail , anda boleh menyesuaikan tandatangan e-mel anda dan menandakan e-mel di luar domain khusus.
Sesuaikan tandatangan e-mel anda
Anda boleh menyesuaikan tandatangan e-mel yang kelihatan secara automatik di bahagian bawah setiap e-mel yang anda hantar.
Pergi ke Seting
> Mail, kemudian ketik Tandatangan (di bawah Mengarang).
Ketik medan teks, kemudian edit tandatangan anda.
Anda hanya boleh menggunakan teks dalam tandatangan Mail anda.
Petua: Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun e-mel, ketik Per Akaun untuk mengesetkan tandatangan berlainan untuk setiap akaun.
Tandakan alamat di luar domain tertentu
Apabila anda menghantar e-mel kepada penerima yang bukan dalam domain organisasi, anda boleh menjadikan nama penerima kelihatan berwarna merah untuk mengisyaratkan anda.
Pergi ke Seting
> Mail > Tandakan Alamat (di bawah Mengarang).
Masukkan domain dalam organisasi anda—domain yang anda tidak mahu ditandakan merah.
Anda boleh memasukkan berbilang domain dipisahkan oleh koma (sebagai contoh, “apple.com, example.org”).
Nama penerima dalam domain di luar organisasi anda kelihatan berwarna merah, sama ada anda menghantar e-mel kepada mereka atau menerima e-mel daripada mereka.