Eksport atau cetak nota pada iPhone
Dalam app Nota , anda boleh membuka nota dalam app Pages dan meneruskan kerja. Anda juga boleh mengeksport nota sebagai PDF atau mencetak nota.
Buka nota dalam Pages
Pastikan iPhone anda mempunyai versi terkini Pages.
Dalam app Nota
, buka nota yang anda mahu eksport, ketik
, kemudian ketik Buka dalam Pages.
Nota: Jika nota dikunci, anda mesti membuka kuncinya sebelum mengeksport kandungan nota ke Pages. Anda tidak boleh mengedit lukisan dalam Pages. Kandungan seperti dokumen diimbas dan PDF kelihatan sebagai imej kecil dalam Pages. Tag, sebutan, senarai semak dan pautan ke nota bukanlah item aktif dalam Pages. Jika nota dikongsi, hasil dokumen Pages tidak dikongsi.
Eksport nota sebagai PDF
Anda boleh mencipta PDF daripada nota, menggunakan seting paparan semasa nota untuk lampirannya. Dalam nota dengan PDF atau dokumen diimbas berbilang halaman, PDF yang dieksport hanya mengandungi halaman pertama PDF asal atau dokumen diimbas.
Buka nota, ketik
, kemudian ketik Penanda.
Tandakan halaman dalam PDF yang dieksport mengikut keperluan, kemudian ketik Selesai untuk menyimpan PDF.
Cetak nota
Buka nota, ketik
, kemudian ketik Cetak.
Pilih pencetak dan pilihan lain, kemudian ketik Cetak.