Pindahkan fail menggunakan peranti storan luaran, pelayan fail atau perkhidmatan storan awan pada iPhone
Pindahkan fail dengan peranti storan luaran
Sambungkan iPhone atau komputer anda ke peranti storan luaran, seperti pemacu USB atau kad SD.
Untuk bersambung ke iPhone, anda mungkin memerlukan penyesuai kabel. Lihat Sambungkan peranti storan luaran ke iPhone.
Nota: Jika isyarat kelihatan pada iPhone bertanya sama ada untuk mempercayai komputer ini, pilih Percaya. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal isyarat ‘Percaya Komputer Ini’.
Gunakan app yang disokong (seperti Fail atau Pages) untuk menyalin fail ke peranti storan. Lihat Susun fail dan folder dalam Fail pada iPhone.
Putuskan sambungan peranti storan, kemudian sambungkannya ke peranti yang anda mahu fail yang disalin kelihatan.
Salin fail ke peranti yang disambungkan. Lihat Sambungkan dan gunakan peranti storan lain dengan Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Pindahkan fail dengan pelayan fail
Nota: Jika anda mempunyai Mac, anda boleh menyediakannya sebagai pelayan fail pada rangkaian setempat, seperti rangkaian Wi-Fi anda. Lihat Sediakan perkongsian fail pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Sambungkan ke pelayan fail daripada iPhone anda menggunakan app Fail.
Sambungkan Mac atau PC anda ke pelayan fail (kecuali jika komputer anda ialah pelayan fail). Lihat Sambungkan Mac anda ke komputer dan pelayan dikongsi dalam Panduan Pengguna macOS.
Gunakan pelayan fail untuk memindahkan fail antara iPhone dan komputer anda.
Apabila anda selesai, putuskan sambungan iPhone anda daripada pelayan fail dengan mengetik
bersebelahan pelayan.
Pindahkan fail dengan perkhidmatan storan awan seperti Box atau Dropbox
Nota: Yuran langganan mungkin dikenakan.
Pada iPhone atau komputer anda, ikuti arahan daripada perkhidmatan storan awan anda untuk memuat naik fail yang anda mahu kongsikan.
Untuk mengakses fail dikongsi anda pada iPhone, buka Fail, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama perkhidmatan storan di bawah Lokasi.
Untuk mengakses fail dikongsi pada komputer, ikuti arahan perkhidmatan.