Isi maklumat anda secara automatik dalam Safari pada iPhone
Dalam app Safari , gunakan Isi Auto untuk mengisi maklumat kad kredit, maklumat hubungan, serta nama dan kata laluan pengguna secara automatik.
Penting: Jangan masukkan kata laluan atau nombor kad kredit anda pada tapak dengan amaran “Tidak Selamat”. Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda melihat amaran “Tidak Selamat” semasa melayari dengan Safari.
Sediakan Isi Auto
Anda boleh menyimpan maklumat peribadi atau nombor kad kredit anda pada iPhone anda untuk mempercepatkan pengisian borang dalam talian dan membuat pembelian.
Pergi ke Seting
> Safari > Isi Auto.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sediakan info hubungan: Aktifkan Gunakan Info Hubungan, ketik Info Saya, kemudian pilih kad kenalan anda. Maklumat hubungan daripada kad tersebut dimasukkan apabila anda mengetik Isi Auto pada halaman web dalam Safari.
Sediakan info kad kredit: Aktifkan Kad Kredit, ketik Kad Kredit Disimpan, kemudian ketik Tambah Kad Kredit. Masukkan maklumat kad kredit anda dalam medan yang disediakan atau ketik Gunakan Kamera untuk memasukkan maklumat tanpa menaip.
Isi maklumat hubungan anda secara automatik
Anda boleh menambah maklumat peribadi anda ke borang dalam talian dengan cepat menggunakan Isi Auto.
Buka app Safari
pada iPhone anda.
Dalam borang pada tapak web yang menyokong Isi Auto, ketik medan kosong.
Ketik Isi Auto Kenalan di atas papan kekunci, kemudian pilih kenalan.
Ketik sebarang medan untuk membuat perubahan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menghantar borang.
Nota: Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat orang lain daripada senarai kenalan anda. Sebagai contoh, jika anda membeli hadiah dan menghantarnya kepada rakan, anda juga boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan alamat mereka. Ketik Isi Auto Kenalan, ketik Kenalan Lain, kemudian pilih kad kenalan mereka.
Isi maklumat kad kredit atau Apple Cash anda secara automatik
Selepas anda menambah kad kredit atau Apple Cash, anda boleh menggunakan Isi Auto untuk membuat pembelian dalam talian tanpa perlu memasukkan nombor kad penuh anda.
Nota: Dalam iOS 17.4 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Apple Cash dalam app atau pada web yang Apple Pay belum diterima. Lihat Sediakan dan gunakan Apple Cash dalam Wallet pada iPhone.
Buka app Safari
pada iPhone anda.
Dalam borang pada tapak web, ketik medan maklumat kad kredit.
Ketik kad disimpan yang anda mahu gunakan, atau ketik Imbas Kad untuk mengambil gambar bahagian hadapan kad kredit.
Petua: Selepas anda memasukkan kad baharu, anda boleh menyimpannya dalam Isi Auto Safari, kemudian tambahnya ke Wallet. Lihat Sediakan Apple Pay dalam Wallet pada iPhone.
Anda boleh menggunakan nombor kad maya semasa membayar dan memastikan nombor kad kredit sebenar anda peribadi. Lihat Sediakan Apple Pay dalam Wallet pada iPhone. Selepas anda menyediakan nombor kad maya, ketik kad dengan di atas papan kekunci untuk menggunakannya semasa membayar.
Isi kata laluan kukuh secara automatik
Apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan pada tapak web dan dalam app, anda boleh membiarkan iPhone mencipta dan menyimpan kata laluan kukuh untuk kebanyakan akaun anda. Lihat Isi kata laluan kukuh secara automatik pada iPhone.
Nyahaktifkan Isi Auto
Anda boleh menyahaktifkan Isi Auto untuk maklumat hubungan atau kad kredit anda dan untuk kata laluan. Ini berguna dalam situasi yang anda tidak mahu maklumat hubungan atau kad kredit anda tersedia—contohnya jika anda berkongsi peranti dengan orang lain.
Nyahaktifkan Isi Auto untuk maklumat hubungan atau kad kredit anda: Pergi ke Seting
> Safari > Isi Auto, kemudian nyahaktifkan mana-mana pilihan.
Nyahaktifkan Isi Auto untuk kata laluan: Pergi ke Seting > Kata Laluan, buka kunci skrin, ketik Pilihan Kata Laluan, kemudian nyahaktifkan Isi Auto Kata Laluan dan Kunci Laluan.